Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2024

UMRAH 2024 - Kota Madinah Al-Munawwarah

KETIBAAN DI MADINAH Kami selamat mendarat di Airport Madinah (Prince Mohammad bin Abdulaziz International Airport) jam 7.20pm waktu Madinah. Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz atau Lapangan Terbang Madinah ialah sebuah lapangan terbang serantau di Madinah , Arab Saudi. Dibuka pada 1950, ia mengendalikan penerbangan domestik, manakala ia telah menjadualkan perkhidmatan antarabangsa ke destinasi serantau seperti Kaherah, Dubai, Istanbul dan Kuwait City. Lapangan Terbang Madinah juga mengendalikan penerbangan sewa antarabangsa semasa musim haji dan umrah. Jemaah Haji dan Umrah boleh memasuki Arab Saudi melalui lapangan terbang ini atau melalui Lapangan Terbang Jeddah sahaja. Ia adalah lapangan terbang keempat tersibuk di Arab Saudi pada 2018. Kami menaiki bas untuk ke hotel penginapan. Selepas check-in hotel dan meletak beg ke dalam bilik penginapan, kami bergerak ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak. MADINAH AL-MUNAWWARA...

UMRAH 2024 - Masjid Nabawi

MASJID NABAWI Masjid Nabawi ialah salah satu masjid-masjid suci Islam yang mendapat kunjungan penziarah dari seluruh dunia. Masjid Nabawi menempatkan Makam Rasulullah s.a.w. serta dua khalifah dalam kalangan Khulafa al-Rasyidin, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab. Masjid Nabawi (al-Masjid al-Nabawī, 'Masjid Nabi') ialah masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad di Madinah, selepas Masjid Quba, serta masjid kedua terbesar dan tapak paling suci dalam Islam, selepas Masjid al-Haram di Mekah. Masjid ini terletak di tengah-tengah Madinah, dan merupakan tapak ziarah utama yang terletak di bawah bidang kuasa Penjaga Dua Masjid Suci. Kelebihan Masjid Nabawi Tempat yang paling utama dan mulia untuk diziarahi di Madinah iaitu Masjid Nabawi atau Masjid Nabi. Daripada Abu Hurairah a.s, Rasulullah bersabda mengenai kelebihan menziarahi masjidnya: Ertinya : “ Solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik dari 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram .” (HR. Bukhari n...

UMRAH 2024 - Hotel-hotel Penginapan

HOTEL DURRAT AL-EIMAN, MADINAH Hotel penginapan kami sepanjang berada di Madinah, Hotel Durrat Al-Eiman. Mengikut pakej yang diiklan,  akan menginap di Emaar Elite Hotel. Pakej yang kami ambil adalah 3 orang sebilik. Betul 3 orang sebilik tetapi di hotel Durrat Al-Eiman, bilik yang kami dapat, bilik berdua dengan ditambah satu katil bujang. Rasa bersunggut itu ada juga tetapi kami redha, terima aje lah. Durrat Al Eiman Hotel, sebuah hotel 3 bintang yang terletak di tengah-tengah Madinah, Arab Saudi. Jarak perjalanan kaki ke Pintu 326 Masjid Nabawi lebih kurang 400m. Di Madinah, pakej kami termasuk 3 kali makan iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Boleh dikatakan masakan agak serupa sepanjang kami berada di hotel ini. Hari terakhir di Madinah dan kami bersiap dengan pakai ihram untuk bergerak ke Makkah. Permandangan dari jendela hotel tingkat 13, bilik 1305, Hotel Durrat Al- Eiman. MOVENPICK HOTEL MAKKAH Mövenpick Hotel & Residences Hajar Tower Makk...