Skip to main content

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-9 - Lawatan ke Sarena Dzamija dan Bandar Skopje, Macedonia

HARI KESEMBILAN - 27 OKTOBER 2023

HOTEL MIRAGE

Pemandangan dari jendela hotel, melihat keindahan alam ciptaan Allah. Bilik hotel kami mengadap Tasik Ohrid. Ketika ini, pukul 6.45am di Struga,  North Macedonia.

Sarapan di Hotel Mirage sebelum mulakan aktiviti hari ini. Menu sudah pasti, salad, roti dan buah-buahan.

Bergambar sebagai kenangan di sekitar perkaranagan hotel.

Hari ini akan ke Tetova dan Skopje, North Macedonia.

Dalam perjalanan ke Tetovo, singgah sekejap di tempat rehat, perkena kopi.

SARENA DZAMIJA

Lawatan ke Šarena Džamija atau Masjid Sarena di Tetovo, Macedonia.

Masjid Sarena merupakan masjid berhias dengan dindingnya dicat pelbagai corak dan berwarna-warni.

Masjid ini dibiayai oleh dua beradik perempuan, Hurshida dan Mensure pada tahun 1438. Arkitek pembinaan masjid ini ialah Isak Bey. Pada tahun 1833, masjid ini dibina semula oleh Abdurrahman Pasha kemudian pada tahun 1991.

Komuniti Islam di Tetovo membina dinding di sekeliling masjid dalam gaya Uthmaniyyah klasik.

Selepas lawatan ke Masjid Sarena, kami meneruskan perjalanan ke Skopje, Macedonia.

SKOPJE

Skopje terletak di hulu Sungai Vardar, dan berada di laluan utama utara-selatan Balkan antara Belgrade dan Athens. Skopje dalam bahasa Macedonia disebut Скопје manakala dalam bahasa Albania disebut Shkup.

Masjid Sultan Murad

Kebetulan jadual lawatan kami ke Skopje, hari Jumaat dan kami sampai dekat masuk waktu Zohor. Kami berpeluang Solat Jumaat di Masjid Sultan Murad, Skopje, Macedonia. Masjid

Old Bazaar

Bazaar Old atau Bazar Lama dengan jalan-jalan kecik dan lorong berbatu, terdapat banyak restoran, kafe, masjid, tukang emas dan banyak lagi. Bazaar ini adalah bahagian tertua di bandar Skopje dan merupakan salah satu daripada beberapa tempat di Skopje yang tidak musnah akibat gempa bumi yang dahsyat pada tahun 1963.

Lawatan ke Bazaar Lama adalah suatu kemestian jika bertandang kesini dengan suasana yang sibuk dan makanan serta minuman yang hebat. Payung-payung berwarna-warni tergantung menghiasi lorong-lorong di Bandar Lama Skopje.

Makan tengahari salah sebuah cafe di Bazaar Lama, Skopje.

Selepas makan tengahari, kami mula lawatan sekitar bandar Skopje, ibunegara North Macedonia.

Kapan An

Kapan An ialah han pertama (penginapan Uthmaniyyah atau karavanserai) di Bazar Lama Skopje. Pintu masuk agak tersorok dan menaiki tangga pendek di sebelah pintu masuk turun ke han.

Kapan An mempunyai nama panggilan yang agak baik dan masih digunakan hari ini - di tingkat atas terdapat sebuah sekolah, dan di halaman di tingkat bawah terdapat beberapa bilik teh dan restoran.

Daut Pasha Hamam

Daut Pasha Hamam adalah bangunan Mandian Turki, dibina pada abad ke-15 dan pada tahun 1948 bangunan ini telah ditukar kepada Galeri Seni, kini Galeri Nasional Macedonia.

Monument dan Patung

Skopje ialah bandar kaya dengan memorial patung. Pada tahun 2014, satu projek membangunkan pusat bandar dengan cara yang inovatif, termasuk membina ratusan patung meraikan sejarah dan budaya bandar itu. Terdapat lebih daripada 100 patung dalam bangar ini. Namun, bagi pelancong, melihat patung-patung kreatif adalah perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan di Skopje.

Monument Philip II of Macedonia

Raja Philip II dari Macedonia adalah raja kerajaan lama Macedonia dari 359 SM hingga kematiannya pada 336 SM. Dia adalah ahli dinasti Argead, pengasas kerajaan lama, dan bapa kepada Alexander the Great III.

Fountain Olympia - Mother of Alexander III of Macedonia

The archeological museum

Monument Alexender The Great

Alexander III dari Macedonia yang paling dikenali sebagai Alexander the Great, ialah seorang raja kerajaan Yunani lama Macedonia. Dia menggantikan ayahnya Philip II ke takhta pada 336 SM pada usia 20 tahun dan menghabiskan sebahagian besar tahun pemerintahannya menjalankan kempen ketenteraan yang panjang di seluruh Asia Barat, Asia Tengah, bahagian Asia Selatan, dan Mesir. Pada usia 30 tahun, beliau telah mencipta salah satu empayar terbesar dalam sejarah, terbentang dari Greece ke barat laut India.

Monument Saints Clement and Naum of Ohrid

Monument Cyril and Methodius

Cyril dan Methodius adalah bersaudara, ahli teologi dan mubaligh Kristian Byzantine,

Stone Bridge

Skopje dibina di tebing Sungai Vardar, yang membelah bandar kepada dua bahagian, dan terdapat banyak jambatan yang menghubungkan dua bahagian bandar itu. Salah satunya ialah Stone Bridge atau Jambatan Batu, salah satu jambatan tertua di Eropah. Jambatan Batu ini telah dibina semasa pemerintahan Maharaja Byzantine Justinian I, dan ia telah dibina semula pada abad ke-15 oleh Uthmaniyyah.

Pada zaman moden, Stone Bridge dilihat sebagai penghubung antara Skopje moden dan bersejarah adalah salah satu tarikan tertua di Skopje.

Di tengah-tengah jambatan ini terdapat mihraj. Suatu ketka dahulu, Jambatan Batu digunakan untuk oleh tentera Ottomon mendirikan solat hajat secara besar-besaran sebelum mereka memulakan perjuangan. Mihraj ini adalah kedudukan iman solat hajat tersebut.

Memorial House of Mother Teresa

Memorial House of Mother Teresa di bina sebagai peringatan kepada biarawati Katolik, Mother Teresa yang memenangi Hadiah Nobel yang dilahirkan di Skopje pada tahun 1910. Kompleks ini boleh dikunjungi secara percuma. Terdapat sebuah muzium kecil di tingkat satu yang menyimpan barang-barang termasuk surat yang ditulis olehnya.

Beli Barangan Kulit

Perkara lain untuk dibeli dan dilayari termasuk barangan kulit, tembikar, barang kemas, permaidani dan makanan tempatan seperti madu.

Pulang ke Hotel Gold untuk makan malam dan penginapan.

Tamat lawatan hari kesembilan

KLIP VIDEO

[Episod 20 - Lawatan ke Tetovo, Macedonia (Sarena Mosque)]
[Episod 21 - Lawatan Sekitar Old Bazaar, Skopje, Macedonia]
[Episod 22 - Lawatan ke Skopje, Macedonia Square]

ITINERARY

(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...