HARI KE DUA BELAS - 30-31 OKTOBER 2023
Belum puas tinggal di Istanbul, kami telah diminta bersedia untuk ke Airport Istanbul jam 3.00 pagi, untuk berangkat pulang ke Malaysia. Kami akan transit di Abu Dhabi lebih dari 16 jam. Kami meminta agen untuk memberi kami hotel penginapan di Abu Dhabi tetapi mereka menggantikan dengan lawatan di Abu Dhabi.
Kami tiba di Abu Dhabi awal pagi.
ABU DHABI
Abu Dhabi ialah ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE). Abu Dhabi ialah bandar kedua paling ramai penduduk di UAE selepas Dubai.
Lawatan ke sekitar Abu Dhabi.
Sheikh Zayed, Grand Mosque
Masjid Sheikh Zayed ini telah dibina antara 1994 dan 2007 dan telah dirasmikan pada Disember 2007. Kompleks bangunan ini meliputi kawasan seluas lebih 12 hektar (30 ekar), tidak termasuk landskap luaran dan tempat letak kenderaan. Paksi utama bangunan diputar kira-kira 12° ke selatan dari barat sebenar, menjajarkannya ke arah Kaabah di Mekah, Arab Saudi.
Singgah Solat Jamak Zohor-Asar di Sheikh Zayed, Grand Mosque, Abu Dhabi. Masjid Serba putih ini merupakan masjid ketiga terbesar di dunia.
Di bawah laman parking terdapat Mall yang menempatkan pelbagai kedai dan restoran.
Ferrari World Yas Island
Lawatan sekitar Ferrari World Yas Island, Abu Dhabi.
KLIA
31 Oktober 2023 pukul 10.20 pagi, syukur Alhamdulillah telah selamat tiba di tanah air tercinta setelah 13 hari bermusafir di negara orang.
Tamat lawatan ke Balkan 9 Negara.
KLIP VIDEO
[Episod 25 - Lawatan ke Abu Dhabi, UAE]
ITINERARY
(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)
- 19 Oktober 2023 - Hari 01 [klik]
- 20 Oktober 2023 - Hari 02 [klik]
- 21 Oktober 2023 - Hari 03 [klik]
- 22 Oktober 2023 - Hari 04 [klik]
- 23 Oktober 2023 - Hari 05 [klik]
- 24 Oktober 2023 - Hari 06 [klik]
- 25 Oktober 2023 - Hari 07 [klik]
- 26 Oktober 2023 - Hari 08 [klik]
- 27 Oktober 2023 - Hari 09 [klik]
- 28 Oktober 2023 - Hari 10 [klik]
- 29 Oktober 2023 - Hari 11 [klik]
- 30-31 Oktober 2023 - Hari 12-13 [klik]
LINK
Comments