Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Yas Island

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-12 & 13 - Lawatan Akhir ke Abu Dhabi UAE (Bonus)

HARI KE DUA BELAS - 30-31 OKTOBER 2023 Belum puas tinggal di Istanbul, kami telah diminta bersedia untuk ke Airport Istanbul jam 3.00 pagi, untuk berangkat pulang ke Malaysia. Kami akan transit di Abu Dhabi lebih dari 16 jam. Kami meminta agen untuk memberi kami hotel penginapan di Abu Dhabi tetapi mereka menggantikan dengan lawatan di Abu Dhabi. Kami tiba di Abu Dhabi awal pagi. ABU DHABI Abu Dhabi ialah ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE). Abu Dhabi ialah bandar kedua paling ramai penduduk di UAE selepas Dubai. Lawatan ke sekitar Abu Dhabi. Sheikh Zayed, Grand Mosque Masjid Sheikh Zayed ini telah dibina antara 1994 dan 2007 dan telah dirasmikan pada Disember 2007. Kompleks bangunan ini meliputi kawasan seluas lebih 12 hektar (30 ekar), tidak termasuk landskap luaran dan tempat letak kenderaan. Paksi utama bangunan diputar kira-kira 12° ke selatan dari barat sebenar, menjajarkannya ke arah Kaabah di Mekah, Arab Saudi. Singgah Solat Jamak Zohor-Asar di Sheikh Zayed...