Skip to main content

TRIP ITALY-BALKAN 19 -31 OKTOBER 2023 (9 NEGARA)

PAKEJ DAN AGEN PELANCONGAN

Alhamdulillah, hajat ku dimaqbul Allah. Aku dan isteri serta dua anakku dapat melancong ke Negara-negara Balkan. Setelah meneliti beberapa tawaran daripada agen pelancongan, kami telah memilih Via Vacation & Travel. Ini kali pertama kami akan melancong bersama-sama Via Vacation Travel. Diharap perkhidmatan yang diberi sangat memuaskan. Kami mengambil pakej Italy-Balkan 9 Negara (13 hari 10 malam) mulai 19 Oktober 2023 dan berakhir pada 31 Oktober 2023. 9 negara terdiri dari pada Itali, Slovenia, Croatia, Bosnia Herzegovina, Montenegro, Albania, Macedonia, Bulgaria dan Turkiye. Pakej ini bermula di Milan, Itali dan berakhir di Istanbul, Turkiye.

MATAWANG

Ketika ini tukaran duit : 1 Euro = RM 5.022

Ada setengah negara Balkan tidak menggunakan duit Euro, mereka masih mengekalkan matawang  negara mereka sendiri. Negara Croatia menggunakan matawang KUNA tetapi duit Euro diterima juga di setengah premis perniagaan di negara ini. Kebanyakan premis memapirkan harga dalam matawang Euro untuk memudahkan pelancong ke negara mereka bagi menentukan harga bayaran sesuatu barang. Negara Bosnia Herzegovina menggunakan mata wang Konvertibilnih Maraka (KM) ataupun Bosnia-Herzegovina Mark, BAM (BAM di mana BA adalah singkatan untuk Bosnia dan Herzegovina, dan M adalah singkatan dari Mark)

Negara Albania menggunakan matawang LEK (disebut Leke), serupa dengan negara Croatia, manakala matawang EURO digunakan di tempat-tempat tumpuan pelancong. Negara Macedonia hanya menggunakan matawang Macedonia Denar (MKD) dan tidak menerima matawang lain. Kad kredit VISA dan MASTERCARD diterima di negara Macedonia. Negara Turkiye menggunakan matawang Lira, matawang EURO, USD dan RM boleh digunakan.

TRAVEL ADAPTER


Plug (Power Socket) yang digunakkan adalah jenis C dan jenis F.

INTERNET

Saya beli Roaming Simcard (RM79.00) di Lazada untuk capaian data internet ketika berada di sana. Anda juga boleh membeli atau dapatkan roaming plan daripada penyedia telekomunikasi anda. Ada beberapa negara tidak terdapat dalam plan tersebut seperti negara Macedonia dan Turkiye. Bagi Turkiye, kita perlu membeli asing khas untuk Turkiye.

PASPOT DAN PERLINDUNGAN POLISI

Untuk melancong ke luar negara, perkara paling utama ialah passport. Pastinya paspot, kesahannya lebih 6 bulan daripada tarikh berangkat dan sentiasa ada bersama. Semak dulu dalam aplikasi Jabatan Imigresen, takut-takut ada sekatan perjalanan.

Jangan lupa untuk mengambil perlindungan polisi insurans perjalanan. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak ingini, perlindungan tersebut sekurang-kurangnya membantu. 

Disamping itu juga bagi mereka yang mengmbil ubat secara berkala, jangan lupa membawanya. Bagi mereka tidak mengambil ubat, perlu juga persediaan ubat-ubat asas seperti ubat panadol, ubat selesema dan ubat batuk.

Alhamdulillah, kami tidak mengalami sakit yang teruk, cuma ada sedikit batuk biasa, mungkin perubahan cuaca.

PAKAIAN DAN MAKANAN

Pakej kami ini dalam musim luruh, suhu musim ini sekitar 14-22 °C, ada masa hujun turun. Kami membawa baju hujan sebagai persediaan. Betul hujan turun ketika kami melawat Milan di Italy dan Bandar Kotor di Montenegero tetapi sekejap. Dapatkan maklumat keadaan cuaca sebelum bertolak di setiap lokasi supaya kita boleh membawa pakaian yang sesuai.

Makanan yang disediakan sepanjang lawatan kebanyakan adalah berkonsepkan salad, pelbagai roti dan kebab. Bagi mereka yang cerewet dalam soal makanan, disarankan untuk membawa bersama beberapa makanan tempatan seperti sambal kering, serunding atau makanan dalam tin. Lebih memudahkan, bawa makanan yang dibungkus dalam pek kembara (travel pack).

Kami membawa beberapa bungkus pek makanan keluaran Brahim.

ITINERARI

Pihak agen pelancong ada memberi itinerari tetapi mereka tidak mengikut 100% jadual itu, ada ubah-suai mengikut keadaan semasa.

Berikut adalah jadual lawatan kami :

(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)

KLIP VIDEO DI YOUTUBE

(Sila klik item tersebut untuk melihat klip video)

[Episod 1 - KLIA ke Abu Dhabi (Transit)]
[Episod 2 - Transit Airport Abu Dhabi]
[Episod 3 - Airport Milano Malpensa]
[Episod 4 - Kota Milan dan Lake Grada]
[Episod 5 - Venice dan Condola Ride]
[Episod 6 - Bandar Zagreb]
[Episod 7 - Lake Plitvice, Croatia]
[Episod 8 - Jajce - Pliva Watermill and Pliva Waterfall]
[Episod 9 - Lawatan Sarena Dzamija]
[Episod 10 - Tunnel of Hope, Sarajevo]
[Episod 11 - Vrelo Bosne, Sarajevo]
[Episod 12 - Old Town, Sarajevo]
[Episod 13 - Old Stone Bridge, Konjic]
[Episod 14 - Mostar : Old Bridge dan Bazaar]
[Episod 15 - Dubrovnik - Old Town]
[Episod 16 - Menaiki Feri dan Solat di Masjid Tivat]
[Episod 17 - Kotor Old Town, Montenegro]
[Episod 18 - Bandar Tirana, Albania]
[Episod 19 - Bandar Ohrid, Macedonia]
[Episod 20 - Tetovo, Macedonia (Sarena Mosque)]
[Episod 21 - Old Bazaar, Skopje, Macedonia]
[Episod 22 - Skopje, Macedonia Square]
[Episod 23 - Sofia, Bulgaria]
[Episod 24 - Istanbul, Turkiye]
[Episod 25 - Abu Dhabi, UAE]

RUMUSAN

Pakej sangat penat bagi mereka yang telah berumur atau mempunyai masalah lutut/kaki kerana banyak berjalan. Kita perlu membuat latihan seperti persediaan untuk menunaikan haji/umrah. Lawatan pilihan yang dikenakan bayaran, pihak agen perlu menilai semua caj/harga yang dikenakan kerana apabila kami melihat harga yang ditawarkan tidak sepadan dan jauh beza dengan harga yang dikenakan.

Penerangan dari Local Tour Guide sangat bagus tetapi selepas penerangan sepatutnya diberi masa 5-10 minit untuk peserta mengambil gambar sebagai kenangan. Bukan mudah untuk kami datang semula.

Pada keseluruhan pakej memuaskan kerana menjaga solat dan menyediakan makanan halal. Kita tidak perlu tercari-cari tempat makanan atau restoran.

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...