HARI KEENAM - 24 OKTOBER 2023
Aktiviti hari ini ke Mostar, Blagaj dan akhir ke Trebijne.
HOTEL EXCLUSIVE
Malam tadi menginap di Hotel Exclusive, Sarajevo.
Menikmati sarapan dan bergambar di hotel dahulu sebelum mulakan aktiviti hari ini.
KONJIC
Bandar Konjic yang menawan ini terletak di tebing Sungai Neretva, dikelilingi oleh pergunungan yang menakjubkan dan kehijauan yang subur.
Singgah sebentar di bandar Konjic dan bergambar di Jambatan Batu Lama (Old Stone Bridge). Jambatan ini merupakan simbol bagi Bandar Konjic dan salah satu daripada empat jambatan batu penting di Bosnia and Herzegovina. Tempat ini juga merupakan tempat Herzegovina bercantum/bergabumg dengan Bosnia.
Meneruskan perjalanan ke Mostar.
MOSTAR
Mostar ialah sebuah bandar di selatan Bosnia dan Herzegovina, merentasi Sungai Neretva. Ia terkenal dengan ikon Stari Most ((juga dikenali sebagai Jambatan Mostar)), sebuah jambatan melengkung zaman pertengahan yang telah dibina semula.
Jambatan Mostar ialah jambatan Uthmaniyyah abad ke-16 yang dibina semula di bandarPada 9 November 1993 Stari Most rosak teruk akibat tembakan oleh Majlis Pertahanan Croatia semasa peperangan Croat–Bosniak. Mostar. Jambatan ini merentasi sungai Neretva yang menghubungkan dua bahagian bandar tersebut.
Melawat Stari Most dan sekitar nya. Terdapat banyak kedai-kedai Turki di sepanjang lorong ke Jambatan Mostar. Di sini, kita akan menemui ramai tukang yang menjual kraftangan tradisional, barangan tembaga yang menarik dan permaidani yang cantik serta pakaian.
Cuba ais krim Mostar di salah satu gerai. Memang sedap.
Singgah di masjid untuk menunai Solat Jamak Zohor dan Asar.
Makan Tengahari di restoran sekitar Old Bridge Mostar.
Selepas makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Blagaj.
BLAGAJ
Blagaj ialah sebuah kampung bersejarah dan tapak warisan yang dilindungi di Bosnia dan Herzegovina. Ia terletak di kawasan tenggara Mostar, di Herzegovina.
Sepatutnuya kita akan melihat keindahan mata air dari sungai Buna di sini. Kami dan beberapa peserta tidak berminat dan hanya tunggu di Alea Bar Cafe sambil minum secawan kopi.
Kebetulan bas kami parkir berdekatan kubur orang islam, ada pengkembumian jenazah, kami berpeluang melihat masyarakat di sini melaksanakan solat jenazah.
Kami meneruskan perjalanan ke Trebinje.
TREBINJE
Trebinje terletak di wilayah Herzegovina dan kaya dengan sumber semula jadi (gunung, bukit dan lembah) dan mempunyai potensi hidro yang besar kerana ia dikelilingi dengan air (tasik, sungai, dan laut).
Makan malam dan menginap di Hotel Leoter, Trebinje, Bosnia and Herzegovina.
Tamat lawatan hari keenam.
KLIP VIDEO
[Episod 13 - Old Stone Bridge, Konjic]
[Episod 14 - Mostar : Old Bridge Bazaar]
ITINERARY
(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)
- 19 Oktober 2023 - Hari 01 [klik]
- 20 Oktober 2023 - Hari 02 [klik]
- 21 Oktober 2023 - Hari 03 [klik]
- 22 Oktober 2023 - Hari 04 [klik]
- 23 Oktober 2023 - Hari 05 [klik]
- 24 Oktober 2023 - Hari 06 [klik]
- 25 Oktober 2023 - Hari 07 [klik]
- 26 Oktober 2023 - Hari 08 [klik]
- 27 Oktober 2023 - Hari 09 [klik]
- 28 Oktober 2023 - Hari 10 [klik]
- 29 Oktober 2023 - Hari 11 [klik]
- 30-31 Oktober 2023 - Hari 12-13 [klik]
LINK
Comments