Skip to main content

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-2 - Lawatan ke Milan dan Tasik Grada

HARI KEDUA - 20 OKTOBER 2023

MILAN

Milan (Milano dalam bahasa Italy) ialah ibu kota ekonomi Italy dan merupakan pusat kewangan global. Ia terletak di utara negara Italy, merupakan ibukota wilayah Lombardy. Ia mempunyai penduduk seramai lebih kurang 1.4 juta orang di pusat bandar dan merupakan bandar kedua paling ramai penduduk di Itali selepas Rom.

AIRPORT MILANO MALPENSA

Tiba di Airport Milano jam 8.00 pagi dari Abu Dhabi. Kami disambut oleh Tour Guide. Beliau akan membawa dan mengiringi kami sepanjang perjalanan percutian selama 10 hari. Cuaca kurang baik, hujan renyai-renyai ketika kami melawat Milan.

SFORZA CASTLE

Sforza Castle merupakan simbol bandar Milan.

Lawatan pertama kami ke Sforza Castle atau Castello Sforzesco dalam bahasa Italy. Sforza Castle merupakan sebuah istana lama dan dibina pada abad ke-15. Ini adalah salah satu monumen terpenting di Milan yang telah lama berkhidmat sebagai simbol kuasa pemerintah tempatan dan asing.

Istana Sforzesco pada asalnya adalah kubu keluarga Visconti, kemudian menjadi rumah kepada dinasti Sforza yang berkuasa yang memerintah Milan. Ia dibina semula secara meluas oleh Luca Beltrami pada 1891–1905, kini Sforza Castle menempatkan beberapa muzium dan pusat koleksi seni serta sejarah di bandar ini.

Menara segiempat dikenali sebagai Torre del Filarete. Ia dibina oleh akitek Antonio

MILAN CATHEDRAL

Katedral Milan, dipanggil Duomo di Milano dalam bahasa Itali. Duomo di Milano adalah salah satu gereja Katolik terbesar di dunia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Milan berkeluasan 515 kaki (157 meter) panjang dan 302 kaki (92 m) lebar. Ia boleh menempatkan sehingga 40,000 orang.



Pembinaan Katedral Milan bermula pada 1386 setelah katedral pertama musnah terbakar. Pembinaannya mengambil masa lima abad untuk disiapkan. Duomo di Milano adalah salah satu tarikan paling penting di Milan. Kita boleh mendaki ke puncak teres atas bumbung dan melihat pemandangan bandar Milan yang menakjubkan.

TUGU VITTORIO EMANUELE II


Vittorio Emanuele II merupakan raja pertama kerajaan Italy.

GALLERIA VITTORIO EMANUELE II

Galleria Vittorio Emanuele II ialah galeri beli-belah aktif tertua di Itali dan mercu tanda utama Milan. Terletak di dalam arked berkembar empat tingkat di tengah bandar, Galleria ini dinamakan sempena Vittorio Emanuel II, raja pertama Kerajaan Itali. Ia direka pada tahun 1861 dan dibina oleh arkitek Giuseppe Mengoni antara 1865 dan 1877.



Struktur ini terdiri daripada dua arked berkubah kaca yang bersilang dalam bentuk oktagon yang meliputi jalan yang menghubungkan Piazza del Duomo ke Piazza della Scala. Jalan ini dilitupi kaca melengkung dan bumbung besi tuang, reka bentuk yang popular untuk arked abad ke-19.

SOLAT JAMAK DI MASJID MARIAM

Selepas makan tengahari kami dibawa ke Moschea (Masjid) Mariam, Milano. Masjid ini diusaha oleh Komuniti Islam Milan. Masijd ini terletak di Via Padova, 366, 20132 Milano MI, Italy



Kami solat jamak Zohor dengan Asar.

LAKE GRADA

Selepas solat jamak, kami meneruskan perjalanan ke Venice. Dalam perjalanan kami singgah dan berhenti di sebuah tasik yang terkenal di Italy. Tasik ini diberi nama Lake Grada (Lago di Garda). Tasik ini adalah tasik terbesar di Itali. Ia merupakan lokasi percutian yang popular di utara Itali, terletak di antara Brescia dan Milan di barat, dan Verona dan Venice di timur.



Ada beberapa tempat menarik di sekitar tasik ini seperti :

1. Sirmione

2. Malcesine

3. Limone Sul Garda

4. Riva del Garda

5. Boat Trip di bahagian utara Tasik Garda

PENGINAPAN

Selepas menikmati permandangan di sekitr Tasik Garda, kami meneruskan perjalanan ke Verona untuk makan malam dan penginapan. Penginapan kami di Hotel Maxim, Verona.

Tamat lawatan hari kedua.

KLIP VIDEO

[Episod 3 - Airport Milano Malpensa]
[Episod 4 - Milan dan Lake Grada]

ITINERARY

[Home]       [Mula] [Sebelum] [Berikut] [Akhir]


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem