HARI KETUJUH - 25 OKTOBER 2023
Sarapan di Hotel Leoter, Trebinje, Bosnia and Herzegovina.
Bergambar di sekitar Hotel Leoter, Trebinje, Bosnia and Herzegovina. Aktiviti hari ini ke Dubrovnik, Budva, Kotor dan berakhir di Shkoder. Hari ini kita meninggalkan negara Bosnia and Herzegovina dan melalui tiga negara, Croatia, Mentenegro.dan Albania.
Lawatan ke lokasi terkenal dan utama penggambaran filem Siri popular "Games the Thrones" dan menikmati pemandangan pantai Laut Adriatic di Dubrovnik, Croatia.
Pengalaman dalam perjalanan dari Dubrovnik, Croatia ke Kotor, Montenegero, bas menaiki feri dari Ferry Kamenari ke Ferry Harbour melintasi Teluk Kotor. Dengan menaiki feri, masa perjalanan dapat dipendekkan sebanyak 45 minit.
Selepas itu, perjalanan diterus ke Masjid Tivat untuk solat jamak Zohor & Asar sebelum bergerak ke Kotor.
Solat Jamak Zohor-Asar di Masjid Tivat. Ia berdekatan dengan Bandar Kotor Lama. Kemudahan tempat wuduk dan tandas berasingan lelaki dan perempuan sangat selesa. Hari ini dapat Solat Zohor berjemaah dengan Imam masjid.
Lawatan ke Bandar Lama Kotor, Mentenegro.
Lawatan ke Kedai Jualan Barangan Kulit Cattaro.
Kebanyakan adalah jaket kulit berbagai fesyen dan rekaan. Harga terlampau mahal tetapi barangannya kulit berkualiti.
Perjalanan dari Kotor ke Shkoder menikmati pemandangan Pantai Jaz yang indah.
Tiba di Hotel Rozafa dan menikmati makan malam.
Malam ini menginap di hotel ini. Jumpa sahabat semasa menunai haji, yang juga melancong ke Balkan,
Tamat lawatan hari ketujuh.
KLIP VIDEO
[Episod 15 - Dubrovnik - Old Town]
[Episod 16 - Feri dan Masjid Tivat]
ITINERARY
(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)
- 19 Oktober 2023 - Hari 01 [klik]
- 20 Oktober 2023 - Hari 02 [klik]
- 21 Oktober 2023 - Hari 03 [klik]
- 22 Oktober 2023 - Hari 04 [klik]
- 23 Oktober 2023 - Hari 05 [klik]
- 24 Oktober 2023 - Hari 06 [klik]
- 25 Oktober 2023 - Hari 07 [klik]
- 26 Oktober 2023 - Hari 08 [klik]
- 27 Oktober 2023 - Hari 09 [klik]
- 28 Oktober 2023 - Hari 10 [klik]
- 29 Oktober 2023 - Hari 11 [klik]
- 30-31 Oktober 2023 - Hari 12-13 [klik]
LINK
Comments