HARI KETUJUH - 25 OKTOBER 2023 Sarapan di Hotel Leoter, Trebinje, Bosnia and Herzegovina. Bergambar di sekitar Hotel Leoter, Trebinje, Bosnia and Herzegovina. Aktiviti hari ini ke Dubrovnik, Budva, Kotor dan berakhir di Shkoder. Hari ini kita meninggalkan negara Bosnia and Herzegovina dan melalui tiga negara, Croatia, Mentenegro.dan Albania. Lawatan ke lokasi terkenal dan utama penggambaran filem Siri popular "Games the Thrones" dan menikmati pemandangan pantai Laut Adriatic di Dubrovnik, Croatia. Pengalaman dalam perjalanan dari Dubrovnik, Croatia ke Kotor, Montenegero, bas menaiki feri dari Ferry Kamenari ke Ferry Harbour melintasi Teluk Kotor. Dengan menaiki feri, masa perjalanan dapat dipendekkan sebanyak 45 minit. Selepas itu, perjalanan diterus ke Masjid Tivat untuk solat jamak Zohor & Asar sebelum bergerak ke Kotor. Solat Jamak Zohor-Asar di Masjid Tivat. Ia berdekatan dengan Bandar Kotor Lama. Kemudahan tempat wuduk dan tandas berasingan lelak...