Skip to main content

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-4 - Lawatan ke Bandar Zagreb dan Plitvice Lake, Croatia

HARI KEEMPAT - 22 OKTOBER 2023

CROATIA

Croatia atau Republik Croatia ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan. Zagreb merupakan ibu negaranya. Croatia menjadi sebuah negara beraja yang merdeka pada tahun 925 Masihi, apabila Raja Tomislav dimahkotai sebagai raja Croatia yang pertama.

Mengikut jadual lawatan kami, hari ini merupakan hari yang keempat. Kami kini berada di negara ketiga iaitu Croatia. Kami tiba di Zagreb malam dan bermalam di Hotel Raca.

SARAPAN DI HOTEL RACA

Sarapan di hotel sebelum memulakan aktiviti lawatan.

BERSEDIA UNTUK LAWATAN

LAWATAN SEKITAR BANDAR ZAGREB

Zagreb ialah ibu kota dan bandar terbesar Croatia. Ia terletak di utara negara itu, di sepanjang sungai Sava, di lereng selatan gunung Medvednica. Terdapat 17 daerah dalam Zagreb. Lawatan kami tertumpu di daerah Gornj Grad atau Upper Town.

GORNJI GRAD (Upper Town)

Gornji Grad (Upper Town) merupakan salah satu daerah di Zagreb, yang terletak di bahagian tengah bandar. Ia mempunyai suasana zaman pertengahan, tempat dan bangunan sejarah serta banyak tempat menarik di Zagreb.

Jelacic Square

Tour Guide tempatan memberi penerangan tempat-tempat di Zagreb.

Lenuci Horseshoe

Lenuci's Green Horseshoe sebenarnya adalah sistem taman dan dataran berbentuk U di Zagreb. Ia diilhamkan oleh Milan Lenuci. Sistem taman ini terdiri daripada tujuh petak dataran yang dijajarkan pada tiga garis lurus. Disini terdapat beberapa taman, bangunan pejabat kerajaan, muzium dan galeria.

Dolac Market

Dolac Market ialah pasar tani yang terletak di Gornji Grad, Zagreb, Croatia. Pasar harian ini telah menjadi tempat perdagangan utama di bandar ini sejak 1930.

Pasar Tani ini yang paling kerap dikunjungi dan paling terkenal di Zagreb, terkenal dengan gabungan pasar terbuka tradisional, gerai dan pasar tertutup bawahnya. Petani dari kampung sekitar datang untuk menjual produk makanan hasil buatan sendiri dan hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayuran yang sangat segar.

Zagreb Cathedral

Sebagai salah satu landmark terkenal di bandar Zagreb. Struktur Kathedral Zagreb sekarang telah dibina antara ke-13 dan ke-16 di atas tapak bekas kathedral abad ke-12 yang dimusnahkan oleh Tatar pada tahun 1242.

Stone Gate

Stone Gate (Bahasa Croatia: Kamenita vrata) ialah pintu gerbang timur ke bandar zaman pertengahan dan kuil Zagreb yang paling penting. Satu-satunya pintu masuk kubu lama Zagreb yang masih wujud. Stone Gate adalah satu-satunya pintu yang dipelihara hingga hari ini. Ia dibina pada abad ke-13 antara 1242 dan 1266 merupakan salah satu daripada empat pintu utama yang menuju ke bandar.

Stone Gate ialah mercu tanda Upper Town, Zagreb, Croatia.

St. Mark's Church

St. Mark's Church merupakan sebuah gereja dan salah satu monumen seni bina tertua di Zagreb. Di atas bumbung gereja ini, jubin disusun yang mewakili lambang Zagreb (istana putih dengan latar belakang merah) dan Triune Kingdom of Croatia, Slavonia dan Dalmatia.

Funicular Railway

Laluan kereta api funikular yang sangat pendek dan curam ini, dibina pada tahun 1888, menghubungkan Lower Town dan Upper Town Zagreb.

Kami semua merasa lega dan gembira bila dimaklumkan tiada lagi perjalanan yang mendaki bukit dan malah dengan penggunaan kereta api ini telah memendekkan masa untuk turun ke bawah. Setelah kami turun maka tamat lawatan kami di Upper Town Zagreb. Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk lawatan  ke Taman Negara Tasik Plitvice.

MAKAN TENGAHARI

Dalam perjalanan, kami berhenti di sebuah restoran untuk makan tengahari.

Makanan nasi dan ikan bakar. Sedap juga.

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE

Plitvice Lakes ialah taman negara tertua dan terbesar di Republik Croatia. Taman ini terletak di kawasan pergunungan Croatia, antara banjaran gunung Mala Kapela di barat dan barat laut, dan banjaran gunung Lička Plješivica di tenggara. Secara pentadbiran, taman ini terletak dalam dua daerah: Lika-Senj (90.7%) dan Karlovac (9.3%).

Taman Negara Plitvice Lakes menawarkan kepada pelawat, tujuh laluan berbeza untuk melawat sistem tasik, dan empat laluan mendaki. Kumpulan kami memilih laluan pakej B.

Taman negara yang terkenal dengan tasik, hutan alpine, air terjun & gua serta denai atau laluan kembara.

Dengan keindahan semula jadinya yang luar biasa, kawasan ini sentiasa menarik minat pencinta alam semula jadi, dan pada 8 April 1949, kawasan ini telah diisytiharkan sebagai taman negara pertama di Croatia.

Proses pembentukan dan penghasilan penciptaan tasik, adalah nilai sejagat yang luar biasa, yang mana Tasik Plitvice telah diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 26 Oktober 1979 dengan tercatatnya pada Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Taman Negara Plitvice Lakes menawarkan pelawat tujuh laluan berbeza untuk melawat sistem tasik, dan empat laluan mendaki.

Taman ini dibuka kepada pelawat sepanjang tahun. Semua pelawat dikehendaki mengikut arahan yang disenaraikan pada panel maklumat, untuk terus berada di laluan yang ditanda, dan tidak meninggalkan sebarang kesan lawatan mereka, seperti sampah, atau tanda atau sifat yang merosakkan dalam apa jua bentuk.

Pakej B, laluan ini bermula di Pintu Masuk 1, menuruni bukit ke denai laluan papan untuk melihat Veliki Slap dan air terjun secara lebih dekat. Kemudian menyeberangi Jambatan Kozjak semula. Menerus menyusuri ke P3. Dari P3, kami menaiki feri untuk ke seberang Tasik Kozjak.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke P2 untuk menaiki pengangkutan ulang-alik (shuttle) dan kembali ke Pintu Masuk 1. Maka berakhirlah lawatan kami di Plitvice Lake.

BIHAC, BOSNIA AND HERZEGOVINA

Dari Taman Negara Plitvice, kami meneruskan perjalanan ke Bosnia and Herzegovina, negara keempat dalam senarai pakej kami. Kami berhenti di Bihac, sebuah bandar di dalam negara Bosnia and Herzegovina.

Kami makan malam dan menginap di Hotel Rekić.
Tamat lawatan hari keempat.

KLIP VIDEO

[Episod 6 - Bandar Zagreb]
[Episod 7 - Lake Plitvice, Croatia]

ITINERARY

(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)

[Home]       [Mula] [Sebelum] [Berikut] [Akhir]


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem