HARI KESEBELAS - 29 OKTOBER 2023
HOTEL ZOO, SOFIA
Sarapan di Hotel Zoo, Sofia.
Ambil foto sebelum mulakan aktiviti hari ini.
Hari ini akan ke Istanbul akan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan.
Singgah Solat Jamak Zohor-Asar dan minum kopi di Opet Petrol Station, Karacaoglan dalam perjalanan ke Istanbul.
ISTANBUL, TURKIYE
Istanbul adalah bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:
Empayar Rom (330-395);
Empayar Rom Timur (395-1453); dan
Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).
Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.
Sampai Istanbul sudah malam.
RESTORAN IBU DEDEN
Pergi makan malam dahulu di Restoran Ibu Deden, menu masakan Indonesia.
Masjid Sultan Ahmed
Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) ialah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina antara tahun 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I.
Aya Sophia/Hagia Sophia
Aya Sophia asalnya dibina sebagai sebuah katedral di antara 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.
Pada 1453, selepas kejatuhan Constantinople kepada empayar Uthmaniyah, Sultan Muhammad al-Fatih telah menukar menjadi masjid. Aya Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.
Kemudian jalan-jalan sekitar Masjid Biru dan Hagia Sophia.
HOTEL DAYS
Selepas selesai melawat bandar Istanbul. kami di bawa ke Hotel Days untuk penginapan. Hotel ini cantik dan besar tetapi dapat merasa hanya seketika saja.
Tamat lawatan hari kesebelas, ikut jadual, kira sudah tamat lawatan percutian kami.
Kami seolah-olah tertipu dengan pakej, dalam itinerari, berada di Istanbul selama dua hari tetapi tidak sampai 6 jam pun. Sudah lah sampai malam, malamnya nanti, jam 3 pagi dah nak ke Airport untuk terbang pulang. Kebanyakkan peserta rasa geram dan marah walau pun tidak dizahirkan.
Peringatan - semak dan fahami itinerari dahulu.
KLIP VIDEO
[Episod 24 - Lawatan ke Istanbul, Turkiye]
ITINERARY
(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)
- 19 Oktober 2023 - Hari 01 [klik]
- 20 Oktober 2023 - Hari 02 [klik]
- 21 Oktober 2023 - Hari 03 [klik]
- 22 Oktober 2023 - Hari 04 [klik]
- 23 Oktober 2023 - Hari 05 [klik]
- 24 Oktober 2023 - Hari 06 [klik]
- 25 Oktober 2023 - Hari 07 [klik]
- 26 Oktober 2023 - Hari 08 [klik]
- 27 Oktober 2023 - Hari 09 [klik]
- 28 Oktober 2023 - Hari 10 [klik]
- 29 Oktober 2023 - Hari 11 [klik]
- 30-31 Oktober 2023 - Hari 12-13 [klik]
LINK
Comments