Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Turkiye

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-11 - Lawatan ke Istanbul, Turkiye

HARI KESEBELAS - 29 OKTOBER 2023 HOTEL ZOO, SOFIA Sarapan di Hotel Zoo, Sofia. Ambil foto sebelum mulakan aktiviti hari ini. Hari ini akan ke Istanbul akan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Singgah Solat Jamak Zohor-Asar dan minum kopi di Opet Petrol Station, Karacaoglan dalam perjalanan ke Istanbul. ISTANBUL, TURKIYE Istanbul adalah bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza: Empayar Rom (330-395); Empayar Rom Timur (395-1453); dan Empayar Uthmaniyyah (1453-1923). Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pad...

19-20 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Pertama dan Hari Ke-2)

19 MAC 2013 - HARI PERTAMA 9.30 malam - Berkumpul di Aras 5,  KLIA. Check-in bagasi. Wakil POTO Travel memberi taklimat sebelum berangkat ke Bursa dan Istanbul, Turki. Kumpulan ke Turki ini seramai 30 orang termasuk wakil POTO dua orang. Ketua Rombongan adalah Puan Pauziah dan dibantu oleh Puan Norainon. Jumpa bekas guru STK, Tuan Syed Adnan. Beliau dan isteri (Pn Noraini) turut serta dalam kumpulan kami ke Istanbul dan Bursa. Penerbangan kami ke Istanbul dengan menaiki pesawat MAS, MH 0030. Penerbangan dari KLIA ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 11 jam. Sepanjang dalam kapalterbang, kami diberi makanan ringan (kacang) dan minuman jus, makanan malam dan sarapan. 20 MAC 2013 - HARI KEDUA Kami tiba di Istanbul jam 6.10 pagi waktu Istanbul. Kami disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan, Encik Ayden. Kami dibawa menaiki bas dan terus ke destinasi pertama, Bursa. MENAIKI FERI KE BURSA Bursa adalah ibu negeri kerajaan Ottoman sekitar tahun 1326 hingga tahun 1365...