Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Blue Mosque

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-11 - Lawatan ke Istanbul, Turkiye

HARI KESEBELAS - 29 OKTOBER 2023 HOTEL ZOO, SOFIA Sarapan di Hotel Zoo, Sofia. Ambil foto sebelum mulakan aktiviti hari ini. Hari ini akan ke Istanbul akan mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan. Singgah Solat Jamak Zohor-Asar dan minum kopi di Opet Petrol Station, Karacaoglan dalam perjalanan ke Istanbul. ISTANBUL, TURKIYE Istanbul adalah bandar raya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga 1923). Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza: Empayar Rom (330-395); Empayar Rom Timur (395-1453); dan Empayar Uthmaniyyah (1453-1923). Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pad...

Masjid Sultan Ahmad, Istanbul, Turki

Masjid Sultan Ahmad merupakan masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istambul, kota terbesar di Turki dan keKalifahan Ustmaniyah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 - 1923 M. Masjid ini lebih terkenal sebagai Masjid Biru kerana marmar (ceramic) biru yang menghiasi dinding dan hiasan dalamannya. Masjid tersebut di bangun antara tahun 1609 dan 1616 M, selama pemerintahan Sultan Ahmad 1. Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, bangunan itu juga terdiri darik peruburan, madrasah dan sebuah pusat kesihatan. Masjid Sultan Ahmad telah menjadi daya tarik warisan terkenal di Istambul. Sumber : Masjid Terbesar   -