Skip to main content

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-8 - Lawatan ke Bandar Tirana, Albania dan Bandar Ohrid, Macedonia

HARI KELAPAN - 26 OKTOBER 2023

Sarapan pagi di hotel.dan bergambar sekitar hotel Rozafa, Shkoder.

Aktiviti hari ini akan ke Tirana dan Ohrid. Bandar Tirana adalah ibu negara Mentenegro dan manakala Ohrid adalah sebuah bandar tepian tasik di negara Macedonia.

TIRANA

Lawatan sekitar Bandar Tirana, ibu negara Albania. Tirana, ibu kota Albania, terkenal dengan seni bina zaman Uthmaniyyah, Fasis dan Soviet yang berwarna-warni. Bangunan pastel mengelilingi pusat tumpuan bandar ini.

Bunk'Art 2 ialah kubu besar yang dibina oleh diktator komunis kini menjadi muzium. Ia dibina atas arahan Enver Halil Hoxha, diktator yang memerintah Albania selama kira-kira 50 tahun, sebagai tempat persembunyian sekiranya berlaku peperangan.

Dataran Skanderbeg terdapat tugu Skanderbeg di atas kuda dan Masjid Et'hem Bey, salah satu bangunan paling berharga di negara ini yang bermula pada akhir abad kelapan belas, terletak di sudut tenggara.

Masjid Et'hem Bey adalah salah satu daripada beberapa masjid yang terlepas daripada kemusnahan oleh Komunis, yang telah mengakibatkan sebarang jenis institusi keagamaan sama ada ditutup, dirobohkan atau ditukar menjadi gudang atau sekolah menjelang akhir tahun 1967.

Makam Kapllan Pasha terletak di tengah-tengah bandar Tirana. Makam yang indah ini dibina sebagai penghormatan kepada raja Kaplan Pasha. Makam ini disenaraikan sebagai warisan budaya penting negara Albania.

Kalaja e Tiranës ialah sebuah istana di Tirana, Albania. Sejarahnya bermula sebelum 1300 dan merupakan peninggalan dari era Byzantine.

Istana Tirana adalah tempat di mana pertemuan jalan utama dari timur ke barat dan dari utara ke selatan dan membentuk pusat bandar Tirana. Di dalam tembok bekas istana ini, terdapat banyak bangunan yang boleh dikunjungi, termasuk restoran, hotel, dan institusi kebudayaan.

Simbol Vodafone pada jambatan di pusat bandar Tirana.

Piramid Tirana (Bahasa Albania: Piramida) ialah sebuah struktur dan bekas muzium yang terletak di Tirana, ibu kota Albania. Ia dibuka sebagai muzium pada tahun 1988 dan menjadi pusat persidangan pada tahun 1991 berikutan kejatuhan Komunisme.

Semasa Perang Kosovo 1999, bangunan itu digunakan sebagai pangkalan NATO. Pada 2018, satu projek baharu telah diumumkan yang akan menjadikan piramid itu sebagai pusat IT belia untuk Teknologi Kreatif dengan tumpuan pada pengaturcaraan komputer, robotik dan syarikat pemula di bawah nama Pusat TUMO Tirana.

Selepas tamat lawatan singkat ke bandar Tirana, kami bergerak menuju ke Ohrid, Macedonia.

Dalam perjalanan dari Tirana ke Ohrid, singgah untuk makan tengahari dan Solat Jamak Zohor-Asar di sebuah restoran Librazht.

OHRID

Ohrid terletak di barat daya North Macedonia, di pinggir tasik yang mempunyai nama yang sama iaitu Tasik Ohrid. Tasik ini berada 700m di atas paras laut. Sebahagian Tasik Ohrid dimiliki oleh negara jiran Albania dan dikelilingi oleh pergunungan. Bandar lama Ohrid menempati lereng gunung yang menghadap ke tasik.

Lawatan sekitar bandar Ohrid. Bandar Ohrid North Macedonia.

Bandar dan tasik Ohrid termasuk dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Dalam pakej kami, untuk menaiki bot di tasik Ohrid adalah satu pilihan, jika ingin menaiki bot, agen mengenakan bayaran sebanyak 40 Euro, apabila kami melihat tanda harga yang diiklankan, kami bersepakat menolak untuk menaiki bot kerana caj yang dikenakan terlampau berlebihan.

Disini jua terdapat perusahaan membuat kertas secara homemade, merupakan satu daripada tujuh yang terdapat di dunia.

Disini ada sebuah gereja lama St. Sophia, pernah menjadi masjid di zaman Ottoman, sekarang dijadikan gereja semula. Gereja adalah salah satu monumen terpenting North Macedonia, menempatkan seni bina dan seni dari Zaman Pertengahan.

Disini juga terdapat sebuah masjid yang indah, Masjid Ali Pasha.

Membeli cenderahati dan kudapan.

Menginap dan makan malam di hotel Mirage, Sturga, Macedonia. Pekan kecil Struga terletak di pantai berdekatan dangan tasik Orhid.

Tamat lawatan hari kelapan.


KLIP VIDEO

[Episod 18 - Lawatan ke Bandar Tirana, Albania]
[Episod 19 - Lawatan ke Bandar Ohrid, Macedonia]

ITINERARY

(Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut)

LINK

[Home]       [Mula] [Sebelum] [Berikut] [Akhir]


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem