Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Macedonia

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-9 - Lawatan ke Sarena Dzamija dan Bandar Skopje, Macedonia

HARI KESEMBILAN - 27 OKTOBER 2023 HOTEL MIRAGE Pemandangan dari jendela hotel, melihat keindahan alam ciptaan Allah. Bilik hotel kami mengadap Tasik Ohrid. Ketika ini, pukul 6.45am di Struga,  North Macedonia. Sarapan di Hotel Mirage sebelum mulakan aktiviti hari ini. Menu sudah pasti, salad, roti dan buah-buahan. Bergambar sebagai kenangan di sekitar perkaranagan hotel. Hari ini akan ke Tetova dan Skopje, North Macedonia. Dalam perjalanan ke Tetovo, singgah sekejap di tempat rehat, perkena kopi. SARENA DZAMIJA Lawatan ke Å arena Džamija atau Masjid Sarena di Tetovo, Macedonia. Masjid Sarena merupakan masjid berhias dengan dindingnya dicat pelbagai corak dan berwarna-warni. Masjid ini dibiayai oleh dua beradik perempuan, Hurshida dan Mensure pada tahun 1438. Arkitek pembinaan masjid ini ialah Isak Bey. Pada tahun 1833, masjid ini dibina semula oleh Abdurrahman Pasha kemudian pada tahun 1991. Komuniti Islam di Tetovo...

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-8 - Lawatan ke Bandar Tirana, Albania dan Bandar Ohrid, Macedonia

HARI KELAPAN - 26 OKTOBER 2023 Sarapan pagi di hotel.dan bergambar sekitar hotel Rozafa, Shkoder. Aktiviti hari ini akan ke Tirana dan Ohrid. Bandar Tirana adalah ibu negara Mentenegro dan manakala Ohrid adalah sebuah bandar tepian tasik di negara Macedonia. TIRANA Lawatan sekitar Bandar Tirana, ibu negara Albania. Tirana, ibu kota Albania, terkenal dengan seni bina zaman Uthmaniyyah, Fasis dan Soviet yang berwarna-warni. Bangunan pastel mengelilingi pusat tumpuan bandar ini. Bunk'Art 2 ialah kubu besar yang dibina oleh diktator komunis kini menjadi muzium. Ia dibina atas arahan Enver Halil Hoxha, diktator yang memerintah Albania selama kira-kira 50 tahun, sebagai tempat persembunyian sekiranya berlaku peperangan. Dataran Skanderbeg terdapat tugu Skanderbeg di atas kuda dan Masjid Et'hem Bey, salah satu bangunan paling berharga di negara ini yang bermula pada akhir abad kelapan belas, terletak di sudut tenggara. Masjid Et'hem Bey adalah salah satu daripa...