Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tirana

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-8 - Lawatan ke Bandar Tirana, Albania dan Bandar Ohrid, Macedonia

HARI KELAPAN - 26 OKTOBER 2023 Sarapan pagi di hotel.dan bergambar sekitar hotel Rozafa, Shkoder. Aktiviti hari ini akan ke Tirana dan Ohrid. Bandar Tirana adalah ibu negara Mentenegro dan manakala Ohrid adalah sebuah bandar tepian tasik di negara Macedonia. TIRANA Lawatan sekitar Bandar Tirana, ibu negara Albania. Tirana, ibu kota Albania, terkenal dengan seni bina zaman Uthmaniyyah, Fasis dan Soviet yang berwarna-warni. Bangunan pastel mengelilingi pusat tumpuan bandar ini. Bunk'Art 2 ialah kubu besar yang dibina oleh diktator komunis kini menjadi muzium. Ia dibina atas arahan Enver Halil Hoxha, diktator yang memerintah Albania selama kira-kira 50 tahun, sebagai tempat persembunyian sekiranya berlaku peperangan. Dataran Skanderbeg terdapat tugu Skanderbeg di atas kuda dan Masjid Et'hem Bey, salah satu bangunan paling berharga di negara ini yang bermula pada akhir abad kelapan belas, terletak di sudut tenggara. Masjid Et'hem Bey adalah salah satu daripa...