Skip to main content

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-5 - Lawatan ke Jajce, Travnik dan Sarajevo.

HARI KELIMA - 23 OKTOBER 2023 

BIHAC

Bihac terletak di tebing sungai Una di wilayah barat laut Krajina dan ia merupakan bandar terpenting di rantau ini. Bihac merupakan sebuah bandar dalam negara Bosnia dan Herzegovina.

Di Bihac terdapat beberapa tempat menarik. Pertama berkaitan alam semulajadi seperti Taman Negara Una dengan air terjun nya  dan kedua berkaitan dengan senibina dan warisan budaya seperti Istana Ostrozac dan Fethiye Mosque.

Walau bagaimana pun lawatan kami hanya menginap di Bihac. Kami tiba di Bandar Bihac sebalah malam dari lawatan ke Taman Negara Plitvice, Croatia. Kami menginap di Hotel Rekic.

SARAPAN

Sarapan sebelum mulakan aktiviti hari ini. Itinerari hari ini akan ke Jajce, Travnik dan berakhir di Sarajevo.

HOTEL REKIC

Mengambil foto kenangan sekitar Hotel Rekic.

JAJCE

Memulakan perjalanan hari ini ke Jajce. Perjalanan dari Bihac ke Jajce mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Sepanjang perjalanan, permandangan amat cantik dengan cuaca masa berkabus.

WATERMILL

Setibanya di Jajce, kami ke Watermill.

Watermill atau Kincir Air (Mlinovi) telah dibina di Sungai Pliva sejak Zaman Pertengahan. Hanya satu kelompok kilang ini yang tinggal hari ini. Kincir ini terletak di lata semula jadi di mana air mengalir di antara dua Tasik Pliva. Petani tempatan menggunakan kilang untuk mengisar gandum menjadi tepung sehingga Perang Dunia Kedua. Kincir Air Pliva telah dinamakan Monumen Nasional Bosnia dan Herzegovina kerana kepentingan budaya dan sejarahnya.

Setelah melawat Kincir Air ini, kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Plive.

PLIVA WATERFALL

Singgah sebentar di Air Terjun Pliva, Jajce.

Air Terjun Pliva sangat terkenal merupakan air terjun terakhir sepanjang Sungai Pliva. Air Terjun Pliva terletak di tengah-tengah Jajce, di tengah Bosnia dan Herzegovina. Ia merupakan salah satu daripada 12 air terjun tercantik di dunia.

Selepas ni kami akan berangkat ke Travnik yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit masa perjalanan.

MAKAN TENGAHARI

Makan Tengahari di tepi Masjid Malaysia, Turbe, Tranvik.

MASJID MALAYSIA

Masjid Malaysia terletak di sebuah perkampungan yang bernama Turbe, tidak jauh dari bandar Travnik. Ia dinamakan Masjid Malaysia kerana dana pembinaannya datang dari sumbangan rakyat Malaysia selepas perang Bosnia tamat dulu.

TUNNEL OF HOPE

Lawatan ke Tunnel of Hope, Sarajevo. Tunnel atau terowong ini adalah jalan keluar ke kawasan selamat semasa peperangan pada tahun 1992-1995.

Ia dibina oleh tentera Bosnia untuk menghubungkan wilayah Sarajevo yang dikepong oleh tentera Serbia ke kawasan selamat yang dikuasai Bosnia di seberang lapangan terbang  Sarajevo yang dikawal oleh Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Selepas ini, meneruskan perjalanan ke Sarajevo.

TAMAN VRELO BOSNE

Setibanya di Sarajevo, kami singgah dahulu ke Taman Vrelo Bosne

Melawat Taman Vrelo Bosne, Sarajevo. Taman ini terletak di kaki Gunung Igman dan pinggir Bandar Sarajevo. Aliran air dari sini menjadi sumber air Sungai Bosnia.

Tempat ini menjadi tarikan pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Kemudian meneruskan perjalanan ke Bandar Sarajevo

SARAJEVO

Sarajevo, ibu kota Bosnia dan Herzegovina, ialah sebuah bandar padat, terletak di Sungai Miljacka, yang dikelilingi oleh Dinaric Alps. Bandar ini mempunyai muzium yang menyimpan bahan sejarah yang memperingati sejarah tempatan, termasuk kisah Sarajevo dari tahun1878 sehingga tahun 1918. Sejarah ini yang merangkumi peristiwa pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pada tahun 1914 dan peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia I.

Local Tour Guide membawa kami ke Old Town dan menerangkan sejarah dan keunikan Sarajevo.

Di bandar lama Sarajevo terdapat bazaar atau baščaršija merupakan pusat sejarah dan budaya serta menjual barang seni. Disini juga terdapat sebuah masjid iaitu Masjid Gazi Husrev-bey yang dibina era pemerintahan Uthmaniyyah .

Tiba di bandar Sarajevo, waktu sudah malam. Terasa terkilan sebab salah satu tempat tumpuan untuk dikunjungi. Lawatan singkat dan berjalan-jalan sekitar Bazaar Sarajevo waktu malam. Esok sudah nak ke Mostar.

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...