Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sarena Dzamija

TRIP TO BALKAN 2023 - Hari Ke-9 - Lawatan ke Sarena Dzamija dan Bandar Skopje, Macedonia

HARI KESEMBILAN - 27 OKTOBER 2023 HOTEL MIRAGE Pemandangan dari jendela hotel, melihat keindahan alam ciptaan Allah. Bilik hotel kami mengadap Tasik Ohrid. Ketika ini, pukul 6.45am di Struga,  North Macedonia. Sarapan di Hotel Mirage sebelum mulakan aktiviti hari ini. Menu sudah pasti, salad, roti dan buah-buahan. Bergambar sebagai kenangan di sekitar perkaranagan hotel. Hari ini akan ke Tetova dan Skopje, North Macedonia. Dalam perjalanan ke Tetovo, singgah sekejap di tempat rehat, perkena kopi. SARENA DZAMIJA Lawatan ke Šarena Džamija atau Masjid Sarena di Tetovo, Macedonia. Masjid Sarena merupakan masjid berhias dengan dindingnya dicat pelbagai corak dan berwarna-warni. Masjid ini dibiayai oleh dua beradik perempuan, Hurshida dan Mensure pada tahun 1438. Arkitek pembinaan masjid ini ialah Isak Bey. Pada tahun 1833, masjid ini dibina semula oleh Abdurrahman Pasha kemudian pada tahun 1991. Komuniti Islam di Tetovo...