Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

UMRAH 2024 - Nasi Arab dan Nasi Daging Unta

MAKAN NASI ARAB DI BADAR Selepas ziarah kawasan peperangan Badar, kami singgah ke Restoran Nasi Arab Ikan laut Merah di Badar. Nama Restoran ni Mut’am AsSamak. NASI DAGING UNTA DI MAKKAH Salah satu restoran yang menjual masakan daging unta ialah Kabsa Hashi. Lokasinya tidak jauh dari Jabal Nur. Kabsah Hashi atau dalam bahasa melayunya nasi unta. Kabsah Hashi ni adalah nasi daging anak unta. Makkah, sebuah kota suci yang penuh dengan sejarah dan kepercayaan, menawarkan bukan sahaja keindahan rohani tetapi juga masakan yang lazat. Satu pengalaman kuliner yang tidak boleh dilepaskan ialah merasai daging unta, hidangan tipikal yang kaya dengan rasa dan nilai pemakanan. Mencuba keenakan masakan daging unta muda dengan kelembutan daging unta yang lazat. Daging unta ni sebenarnya agak panas. Jadi disarankan minum bersama 'laban' bagi menyejukkan badan. Selain daripada restoran ini, terdapat beberapa restoran yang menyajikan masakan daging unta yang lazat di Makkah sepert...

UMRAH 2024 - Kilang Minyak Wangi Ros

KILANG MINYAK WANGI Terdapat lebih kurang 50 kilang minyak ros dan air ros di Taif. Melawat kilang minyak wangi dari sumber bunga mawar yang hidup subur di kawasan pergunungan ini adalah satu kemestian. Kilang minyak wangi Rashid Husain al-Qorashei di antara kilang penghasilan minyak wangi yang terkenal di sini. Ketika sampai, kami dibawa ke bilik penerangan untuk mendengar penerangan tentang penghasilan  serta produk minyak wangi yang ditayangkan di televisyen. Pengunjung berpeluang melihat bagaimana penghasilan minyak wangi secara tradisional serta moden. Kelopak bunga ros akan diproses / diekstrak ' disuling untuk menghasilkan patinya. Kilang ini mempunyai sumber bunga ros sendiri, yang ditanam di bahagian belakang kawasan kilang ini. Antara produk-produk yang dihasilkan ialah haruman minyak wangi berkualiti tinggi, air bunga ros dan sabun. Air bunga ros biasanya digunakan dalam masakan seperti nasi baryani. PROGRAM IBADAH UMRAH DAN ZIARAH 2024 (Sila klik item beri...

UMRAH 2024 - Istana Shubra, Taif

Istana Shuba terletak bertentang dengan hotel penginapan kami, Ibis Boutique Hotel di Taif. Istana Shubra, yang juga dikenal dengan nama “Qasr Shubra,” adalah salah satu contoh terbaik senibina tradisional Arab yang dipengaruhi oleh berbagai gaya, termasuk gaya Ottoman. Dibangun pada abad ke-19 oleh Gubernur Hijaz, Raja Abdulrahman bin Faisal Al Saud, istana ini awalnya berfungsi sebagai kediaman musim panas bagi keluarga kerajaan. Namun, seiring berjalannya waktu, fungsi istana berubah menjadi muzium yang menampilkan berbagai koleksi bersejarah dan artifak. Senibina Istana Shubra sangat mencerminkan kemegahan dan keindahan rekabentuk Arab klasik. Bangunan ini terbuat dari batu kapur dan memiliki beberapa elemen senibina khas, termasuk tiang-tiang megah, perhiasan yang unik, dan atap yang bergaya Ottoman.  Kita akan menemukan keindahan terperinci pada dinding, jendela, dan pintu yang semuanya menggambarkan keterampilan tinggi dari para tukang pada masa itu. PROGRAM IBADAH UMR...

UMRAH 2024 - Kota Taif dan Al-Hada

KOTA TAIF Kota Taif terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin. Kota Taif adalah kota ketiga besar setelah Kota Makkah dan Kota Madinah. Kota ini berada di sebelah tenggara Makkah yang berjarak sekitar 100km. Kota Taif didiami oleh suku Tsaqif atau Bani Tsaqif. Kota ini menyimpan sejarah keislaman sebab Rasulullah SAW pernah mendatangi kota ini untuk berdakwah. Ketika Rasulullah SAW dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah,  Rasulullah SAW menuju ke Taif dengan ditemani Zaid Haritsah,  Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah SAW kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah. Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar jemaah umrah dan haji merebut peluang untuk ke kota Taif kerana semakin banyak pengendali umrah menawarkan pakej ke pusat peranginan itu y...

UMRAH 2024 - Ibadah Umrah dan Kota Makkah

IBADAH UMRAH Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah sering disebut sebagai “Haji Kecil” dan melibatkan ibadah yang dilakukan di Makah. Terdapat beberapa rukun yang perlu dipatuhi agar ibadah Umrah sah. Rukun-rukun ini meliputi niat ihram, tawaf, sa’i, dan tahallul. Setiap langkah dalam pelaksanaan Umrah mempunyai makna dan tujuan tersendiri, yang mengingatkan kita tentang pengorbanan dan ketabahan Nabi Ibrahim AS serta keluarganya. Hukum mengerjakan ibadah haji dan umrah adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Namun, ibadah haji dan umrah ini dikira sunat untuk dikerjakan secara berulang-ulang kali. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga).” Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (...