Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Haji

Soal Jawab HAJI (Soalan 128, 129 dan 130)

Soalan 128 : Selalunya tempat tawaf sesak. Apa kata kalau kita tawaf tengah malam? Orang kurang banyak ketika itu. Jawapan : Kalau musim haji, tempat tawaf biasanya ramai orang. Lebih-lebih lagi apabila kemuncak haji sekitar 9 hingga 10 Zulhijah. Malah, waktu malam pun ramai juga. Apa pun, tidak menjadi masalah untuk siang atau malam , pagi atau petang. Semuanya boleh dilakukan. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Wahai Bani Abdi Manaf! Janganlah kamu menegah seseorang pun bertawaf di Kaabah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dia sukai daripada malam atau siang. " ( Riwayat al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 2924 ). Soalan 129 : Kalau dekat Kaabah sesak, apa kata kalau kita tawaf jauh sedikit. Umpamanya di atas bumbung? Jawapan : Boleh dengan syarat tawaf dalam kawasan Masjidiharam . Soalan 130 : Katanya tawaf macam solat. Kalau sembnag sikit-sikit macam mana? Jawapan : Memanglah tawaf m...

Soal Jawab HAJI ( Soalan 125, 126 dan 127)

Soalan 125 : Orang kata kalau dapat solat sunat selepas tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim a.s., bagus sangat. betulkah? Jawapan : Itulah yang afdalnya. Solat sunat Tawaf selepas selesai tawaf. Tempatnya di belakang Maqam Ibrahim. Cuma susah juga kalau hendak tunggu giliran. Apapun, yang penting tawaf dahulu. Kemudian bersolat sunat dua rakaat. Di mana pun solat sunat tawaf boleh dilakukan. Yang penting dalam Masjidilharam . Soalan 126 : Orang Makkah kena tawaf Quddum jugakah? Jawapan : Ya, sunat baginya, Walau bagaimanapun, kalau kita buat umrah, tidaklah disunatkan tawaf Qudum . Tawaf umrah sahaja sudah memadai. Soalan 127 : Banyak doa yang hendak dibaca setiap kali tawaf. Mana mampu hendak inga? Jawapan : Doa ini amalan yang dituntut . Lebih-lebih lagi semasa tawaf, yang mana ia untuk zikir kepada Allah. Kalau tidak ingat doa setiap pusingan tawaf, bacalah doa mudah. Antaranya Abdullah Ibn Saib r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Nab...

Soal Jawab HAJI (Soalan 122, 123 dan 124)

Soalan 122 Elokkah kalau jemaah haji mencium setiap penjuru Kaabah? Maklumlah nak ambil berkat. Jawapan : Setiap penjuru Kaabah dipanggila Rukun. Ada Rukun Yamani, Rukun Syami dan Rukun Iraqi. Mencium setiap penjuru Kaabah merupakan bidaah yang diharamkan. Kalau nak cium pun, ciumlah batu Hajarulaswad sahaja. Lagipun, rasanya mana ada sunah Nabi SAW bahawa Bani SAW pernah mencium setiap rukun Kaabah. Soalan 123 Boleh ke tawaf mengikut pusingan arah jam? Jawapan : Tidak boleh , kerana semasa tawaf kedudukan kaabah mesti berada di sebelah kiri badan . Jangan terpusing badan semasa tawaf. Soalan 124 Orang kata, eloknya semasa tawaf, kita berlari-lari? Benarkah? Jawapan : Yang sunahnya ialah berlari-lari anak pada tiga pusingan yang pertama. Bukan lari kuat sangat macam orang berjoging, cuma lari-lari anak sahaja . Itu pun hanya untuk lelaki sahaja , bukan perempuan, bagi 3 pusingan yang pertama . Adapun empat pusingan terakhir , sunahnya berjalan mac...

Soal Jawab HAJI (Soalan 120 & 121)

Soalan 120 : Biasanya ramai berebut-rebut untuk mengucaup Hajarulaswad. Jawapan : Sunatnya memang begitu tapi susah juga kerana orang terlalu ramai. Disunatkan juga kita istilam iaitu menjabat Hajarulsawad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya . Oleh kerana jarang-jarang dapat, kita boleh buat secara jarak jauh. Macam mana? Senang saja. Cuma angkat tangan dengan isyarat kemudian kucuplah tapak tangan itu. Ramai jemaah yang sanggup bersesak nafas tak kira lelaki atau perempuan. Eloknya tidak usahlah begitu. Kalau lapang, kita buat. Kalau tidak lapang, kita buat jarak jauh sahaja. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW menasihatkan Umar r.a.: Maksudnya: " Wahai Umar! Sesungguhnya engkau lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak-sesak dekat batu Hajarulaswad maka mungkin engkau ahkan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati ia lengang, maka istiamlah. Jika tidak lengang, maka memadailah dengan isyarat bertahlil serta bertakbirlah " ( Riwa...

Soal Jawab HAJI ( Soalan 116, 117, 118 dan 119)

Soalan 116 : Suami isteri tawaf bersama. Mula tawaf serentak dan berjalan bersama. Apabila tamat tujuh pusingan, isteri yakin sudah tamat tujuh pusingan. Suami pula hanya yakin baru tawaf enam pusingan. Jawapan : Hai...mana satu yang betul. Kalau isteri sudah yakin bahawa tawafnya sudah cukup tujuh, itu sudah OK. Kalau suami tidak yakin , maka tambahlah satu pusingan lagi. Kalau ister nak tambah satu lagi pusingan pun tidak mengapa. Lebih tidak mengapa, kurang jangan. Soalan 117 : Bolehkah kalau kita tawaf menaiki helikopter? Jawapan : Tidak sah kerana satu daripada syarat sahnya tawaf , ia mesti dilakukan dalam masjid . Kemudian macam mana hendak menjadikan Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf. Tentu susah kalau naik helikopter. Lagipun adalah sunat jika twaf dilakukan dalam berjalan kaki mengikut pandangan mazhab Syafi'i. Menurut pandangan mazhab lain mewajibkan berjalan jika mampu . Kalau tidak mampu berjalan , bolehlah diusung . ...

Soal Jawab HAJI (Soalan 113, 114 dan 115)

Soalan 113 : Ketika tawaf, wuduk terbatal. Macam mana? Jawapan : Kalau wuduk batal, kenalah stop tawaf dahulu kerana tawaf mestilah berwuduk. Berhenti dahulu dan ambillah wuduk. Kemudian sambung semula mana yang tertinggal. ( Kalau sudah tawaf 3 pusingan lalu terkentut, maka buatlah lagi 4 pusingan ) PANDANGAN MAZHAB MENGENAI WUDUK TAWAF Walau bagaimanapun, bagi masyarakat yang segan untuk mengikut mazhab lain maka tidak menjadi masalah. Ada pendapat dalam mazhab Syafii juga bahawa hanya wuduk orang menyentuh sahaja batal. Orang yang disentuh tidak batal wuduknya. Ini disebut oleh Imam Nawawi r.h., seorang tokoh ulama dalam mahzab Syafii. Beliau berkata : " Maka jika menyentuh seseorang akan kulit orang lain dengan kulitnya, maka batallah suci orang yang menyentuh. Dan pada (suci) orang yang disentuh (terdapat) dua pendapat bagi Imam Syafii r.h. Yang paling sahih di sisi kebanyakan ashabnya bahawa wuduknya (orang yang disentuh) batal. Pendapat kedua t...

Soal Jawab HAJI (Soalan 112)

Soalan 112 : Ada masanya sampai sahaja ke Makkah, orang akan tawaf. Esok buat umrah, tawaf lagi. Ada berapa jenis tawaf sebenarnya? Jawapan : JENIS-JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum Qudum ini maknanya sampai . Oleh itu, tawaf Qudum adalah permulaan bagi ibadat ketika sampai ke Makkah bagi yang mengerjakan haji ifrad . Bandingannya macam solat tahiyatulmasjid. Sampai saja masjid, disunatkan solat sunat dua rakaat. Begitulah tawaf Qudum sebagai menghormati hak Kaabah. Hukumnya pun sunat juga. Kalau letih boleh duduk sekejap. Apabila hilang letih, bolehlah dimulakan tawaf Qudum. Walau bagaimanapun, jika takut terlepas solat fardu, maka tangguhkanlah dahulu tawaf Qdum kerana ia adalah wajib. Tambahan pula ganjaran bagi yang melakukan solat secara berjemaah adalah amat besar. 2. Tawaf Ifadhah Ini adalah tawaf rukun bagi ibadah umrah dan haji. Kalau tawaf Qudum hukumnya sunat, tetapi ini adalah fardu. 3. Tawaf Wada'  Wada' ialah perpisahan ...

Soal Jawab HAJI (Soalan 108,109, 110 dan 111)

Soalan 108 : Kadang-kadang ada wanita yang memakai stokin yang carik. Sahkan tawafnya? Jawapan : Aurat wanita dalam tawaf termasuk juga kaki nya. Kalau carik, terbukalah aurat. Mungkin tidak sah kalau begitu. Soalan 109 : Kalau pakaian bernajis, macam mana? Maklumlah sudah berhari bahkan berminggu hanya pakai kain ihram sahaja. Jawapan : Kalau bernajis, tidak sah tawafnya. Mesti suci daripada najis. Dia hendaklah bersalin atau menukar kain ihram. Soalan 110 : Kalau begitu, macam mana wanita uzur syarii hendak bertawaf? Jawapan : Tak boleh sebenarnya untuk wanita yang uzur syarii seperti dalam haid untuk bertawaf . Kaedah dalam ibadat haji dan umrah untuk wanita yang uzur syarii senang sekali. Semua kerja haji dan umrah boleh dilakukan walaupun ketika haid melainkan tawaf sahaja . Segala rukun boleh dibuat melainkan tawaf. Segala wajib pun boleh dibuat. Nabi SAW bersabda kepada isterinya Aishah r.ha : Makksudnya : " Buatlah apa yang dib...

Soal Jawab HAJI (Soalan 106 dan 107)

Soalan 106 : Orang akan mengelilingi Kaabah beberapa kali. Adakah itu Tawaf? Jawapan : Ya, itulah namanya tawaf. Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan . Ia adalah rukun haji dan rukun umrah . Tawaf ini memang merupakan satu rukun. Firman Allah SWT : Maksudnya :  " Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya. " ( Surah al-Hajj 22:29 ) Tawaf bukan main-main tetapi ibadah. Tawaf bukan bermakna kita menyembah Kaabah tetapi sekadar melaksanakan perintah Allah dan mencontohi amalan Rasulullah SAW. Tujuh pusingan itu diambil daripada amalan Nabi SAW sebagaimana yang disebut oleh Ibn Umar r.a. ( Riwayat a-Bukhari, kitab al-Hajj, hadis no 1623 ) Soalan 107 : Kena ada wudukkah semasa tawaf? Jawapan : Tawaf macam solat juga. Oleh itu, kenalah ada syarat solat seperti suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Kenalah juga menutup aurat macam dalam solat. Bukankah Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "...

Soal Jawab HAJI - TAWAF

JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum 2. Tawaf Ifadhah 3. Tawaf Sunat 4. Tawaf Umrah 5. Tawaf Nazar 6. Tawaf Wada' SYARAT SAH TAWAF 1. Suci daripada hadas. 2. Suci daripada najis. 3. Menutup Aurat. 4. Dimulakan pada sudut Hajarulaswad. 5. Menjadikan Kaabah di sebelah Kiri. 6. DIlakukan tawaf dalam Masjidilharam dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan. 7. Cukup tujuh kali keliling dengan yakin. SUNAT-SUNAT TAWAF 1. Berjalan kaki. 2. Istilam Hajarulaswad dan mengucupnya. 3. Istilam Rukun Yamani. 4. Berturut-turut tujuh pusingan. 5. Doa dan Zikir. 6. Solat sunat Tawaf. 7. Melakukan idtiba' bagi lelaki iaitu membuka bahu kanan (bagi tawaf yang diikuti dengan sa'i). Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 103, 104 dan 105)

Soalan 103 Katakan saya terlepas wuquf kerana masalah kesihatan sikit. Sampai-sampai sudah 10 Zulhijah? Jawapan Kalau terlepas wuquf, tiada hajilah tahun itu. Wuquf tidak boleh diqada . Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Haji adalah Arafah. Sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam hari Muzdalifah maka (hampir) sempurnalah hajinya " ( Riwayat al-Nasa'i, no. 4011 ) Hadis ini menunjukkan bahawa kalau dapat wuquf di Arafah pada masanya, dapatlah haji . Kalau tidak, tak adalah haji. Soalan 104 Eloknya semasa wuquf ini, apa aturannya yang molek? Jawapan Aturan Semasa Wuquf 1. Masuk Arafah Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari , berada di Masjid Namirah sengga masuk waktu Zohor. 2. Melakukan wuquf selepas solat jamak. Mealkukan wuquf selepas solat jamak . Melakukan soalat jamak (solat Zohor dan Asar secara jamak takdim) kerana ibadah ini mengikut sunnah Nabi. 3. Zikir, doa, takbiah dan membaca al-Quran Disunat...

Soal Jawab HAJI (Soalan 100, 101 dan 102)

Soalan 100 Di mana kita berwuquf? Jawapan Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf . Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf ." ( Riwayat Abu Daud no. 1936 ) Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut  sunah Nabi SAW. Soalan 101 Kena ada wudukkah ketika  berwuquf? Jawapan Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada  hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf. Soalan 102 Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat? Jawapan Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW: Maksudnya " " Sebaik-baik doa  ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah  (tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa .)" ( Riw...

Soal Jawab HAJI (Soalan 98 dan 99)

Soalan 98 : Ada orang nampak macam wuquf lebih awal sebelum gelincir? Jawapan : Memang ada kerana pendapat mazhab Hambali bahawa waktu wuquf bermula daripada terbit fajar har 9 Zulhijjah . Maknanya pagi lagi sudah boleh wuquf. Mungkin moleknya juga pendapat ini. Sabda Nabi SAW: Maksudnya : "... dan dia telah berwuquf sebelum itu di Arafah malam atau siang, maka sempurnalah hajinya ." ( Riwayat al-Tirmizi no. 819 ) WAKTU WUQUF Dalam hadis ini, siang zahir hadir menunjukkan siang adalah waktu wuquf. Ia tidak terikat dengan gelincir matahari. Namum majoriti ulama menyatakan bahawa amalan Nabi SAW dan khalifah al-Rasyidin menunjukkan bahawa mereka berwuquf selepas gelincir matahari. Oleh itu, boleh sebenarnya untuk kita memulakan wuquf lebih awal sebelum gelincir. Walau bagaimanapun, kenalah tunggu juga gelincir matahari barulah bolhe meninggal Arafah. Soalan 99 : Kena berwuquf siang dengan malamkah? Jawapan : Sunatn...

Soalan Jawab HAJI (Soalan 96 dan 97)

Soalan 96 Ramai jemaah haji begitu teruja dengan wuquf,. Apa benda wuquf itu? Jawapan Wuquf adalah rukun haji yang utama. Nabi SAW bersabda: Maksudnya : " Haji itu wuquf di Arafah. Maka sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam himpunan, maka (hampir) sempurnalah hajinya ." ( Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 3016 ) So, kemuncak ibadat haji adalah pada hari wuquf yang jatuh pada hari 9 ZUlhijjah. Kalau terlepas hari 9 Zulhijjah, maknanya tidaklah ada haji lagi. Kalau datang awal sejak bulan Syawal lagi untuk haji, mesti juga kena tunggu 9 Zulhijah. Wuquf sebenarnya mudah sahaja. Ia bermakna menghadirkan diri walaupun sekejap di Arafah pada waktunya . Kalau pergi tidur dan lena di situ pun, wuquf tetap sah. Seeloknya biarlah kita sedar bahawa kita berada di Arafah. Soalan 97 Hari apa hendak berwuquf? Hari Jumaat atau hari yang lain? Jawapan Hari wuquf bukan berdasarkan Jumaat atu Sabtu. Ia berdasa...

Soal Jawab HAJI (Soalan 92, 93 ,94 dan 95)

Soalan 92 Apabila cuaca sejuk, macam mana kita hendak menahan kesejukan. Boleh selimutkah? Jawapan Berselimut bukanlah termasuk dalam larangan semasa ihram. Cuma janganlah berselimut dengan kain yang berjahit. Eloknya gunakan kain ihram yang lain sebagai selimut. Berhati-hati juga ketika berselimut, agar tidak menutup habis kepala, muka dan pergelangan kaki. Pergelangan tangan pun janganlah ditutup juga .  Bukankah Nabi SAW menegah memakai sarung tangan. Soalan 93 Kadang-kadang kepala rasa pening. Teringin hendak berbekam. Bolehkah berbekam semasa sedang ihram? Jawapan Dalam larangan ihram, tidak ada disebut pun bahawa berbekam dilarang. Kalau ada hajat dan keperluan, boleh berbekam. Cuma kalau ada dipotong rambut, kenalah dam. Dalil keharusan berbekam adalah perbuatan Nabi SAW sendiri. Imam Muslim r.a. meriwayatkan satu hadis bahawa Nabi SAW berbekam sedang Baginda dalam ihram. ( Rujuk : Subul a-Salam, kitab al-hajj, juzuk 2, hala...

Soal Jawab HAJI (Soalan 90 dan 91)

Soalan 90 Memang zaman moden, kita pergi Makkah bukan untuk berburu, Tapi bagaimana dengan burung, burung kadang-kadang mengganggu jemaah haji? Jawapan Burung adalah binatang juga, bahkan halal pula dimakan. Kalau memburu burung atau membunuhnya, ia satu pantang larang dalam ihram. Kalau bunuh juga, kenalah bayar damnya seekor kambing. Binatang di Tanah Haram tidak boleh dihalau, Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesungguhnya negeri ini adalah haram dan tidak ditakutkan (dihalau) binatang buruannya " ( Rujuk Sunan aNasa'i, kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2892 ) Soalan 91 Benarkan pokok tidak boleh dipotong di Tanah Haram? Jawapan Sebagai Tanah Haram, pokoknya pun tidak boleh dipotong. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesungguhnya negeri ini adalah haram, Tidak dipotong darinya (pokoknya )" ( Rujuk : Riwayat al-Bukhari no. 1510 ) Dalam Nihayah al-Muhta j dan Sabil al-Muhtadin menyebut : Semua pokok di Tanah Haram Makkah, sam...

Soal Jawab HAJI (Soalan 88 dan 89)

Soalan 88 Masalahnya ubat gigi pun ada wangian juga? Jawapan Penggunaan ubat gigi tidaklah termasuk dalam larangan ihram. Walaupun wangi, ia bertujuan membersihkan gigi. Soalan 89 Kalau ada nyamuk, dan kita bunuh nyamuk, apa damnya? Jawapan Tidaklah salah untuk membunuh nyamuk, semut, lalat dan sebagainya. Yang ditegah ialah berburu haiwan yang halal dimakan. Kalau haiwan itu tidak halal dimakan, tidaklah menjadi larangan tambahan pula ia membawa mudarat. Ada beberapa hadis antaranya riwayat al-Bukhari dan Muslim. Nabi SAW memberi kelonggaran agar beberapa haiwan boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram. Antaranya tikus, serigala, singa, kala jengking dan ular, Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Lima daripda binatang yang kesemuanya dalam binatang fawasik (merosakkan) boleh dibunuh (walaupun) di Tanah Haram iaitu gagak, helang, anjing, kala jengking dan tikus. " (Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2881, 2882, 2887...

Soal Jawab HAJI (Soalan 86 dan 87)

Soalan 86 Kalau kain ihram, kena pakai yang itu sahajakah? Tidak boleh tukarkah? Jawapan Boleh tukar tetapi tukar kepada kain ihram jugalah. Bukanlah kena pakai sampai sebulan tidak bertukar atau berbasuh. Ini kotor dan memaudaratkan  kesihatan. Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram. Soalan 87 Orang ihram boleh mandi atau tidak? Jawapan Mestilah boleh mandi . Mana ada larangan ihram menyebut bahawa tidak boleh mandi. Cuma masa mandi janganlah gosok sana sini , kemudian guna pula sabun yang ada bau wangian. Guna sabun tidak salah tetapi yang ada bau wangian itu jadi masalah . Ini kerana tujuan asal penggunaan sabun bagi membersihkan bukannya berwangian. Kalau menggunakan tuala pun tidak ada salahnya. Tuala bukanlah kain yang berjahit dan bercantum. Masa mandi juga, seeloknya jangan digosok badan kuat-kuat sampai tertanggal bulu rambu t. Mandi...

Soal Jawab HAJI (Soalan 84 dan 85)

Soalan 84 Apakah contoh benda harus sepanjang ihram yang selalu dibuat oleh jemaah haji? Jawapan Banyak lagi benda yang harus. Larangan ihran hanya sedikit  sahaja sesuai dengan suasana ihram itu sendiri di mana hamba menghadap Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Kalau hendak tidur, itu bukan masalah. Kalau hendak makan pelbagai hidangan pak Arab, no problem . Kalau hendak pakai tali pinggang yang besar untuk simpan duit, ok . Soalan 85 Kalau tengok larangan semasa ihram, tidak ada disebut tentang akhlak. Patutlah ramai orang suka berkelahi semasa haji. Jawapan Memanglah dalam larangan ihram, tidak disebut tentang akhlak. Sebabnya  akhlak itu sepanjang masa kena berakhlak mulia. Bukan hanya masa haji. Benda yang  dilarang semasa ihram pada asalnya adalah harus bahkan digalakkan. Potong kuku memang disuruh. Memakai wangian memang juga disuruh. Pendek kata semua larangan ihram harus sebelum ihram. Cuma ba...

Soal Jawab HAJI (Soalan 83)

Soalan 83 Boleh simpulkan larangan-larangan semasa ihram dan hikmahnya? Jawapan LARANGAN-LARANGAN SEMASA IHRAM Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Ia dapat dikategorikan kepada lima yang asas iaitu: - Pakaian - Perhiasan badan - Wangian - Seks - Alam Sekitar. Bab pakaian , perhiasan dan seks memang selalu menjadi masalah. Bab pemburuan jarang-jarang berlaku. Lagipun mana ada unta, kambing dan haiwan lain untuk diburu. Makanan sudah siap terhidang. Cuma kalau rajin pergi beli sahaja. Senang ceria, pakaian sepanjang ihram hanyalah dua helai kain putih sahaja. Kepala pun tidak boleh ditutup dengan serban, kopiah dan seumpamanya. Dalam bab pakaian , lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. Dalam bab perhiasan badan, tidak boleh menggunakan wangian, tidak boleh memotong kuku walaupun sudah panjang dan tidak boleh menghilangkan bulu sama ada melalui kaedah cukur dan cabut. Apabila wangian tidak dibolehkan, maka seks juga menjadi laranga...