Soalan 100
Di mana kita berwuquf?
Jawapan
Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya :
"Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf." (Riwayat Abu Daud no. 1936)
Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut sunah Nabi SAW.
Soalan 101
Kena ada wudukkah ketika berwuquf?
Jawapan
Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf.
Soalan 102
Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat?
Jawapan
Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW:
Maksudnya "
"Sebaik-baik doa ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah
(tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa.)" (Riwayat al-Balhaqi no. 9256)
Doa lain pun boleh juga dan digalakkan. Disamping itu, boleh bertahmid, bertakbir, bertahlil, bertasbih dan beristighfar. Pendek kata, apa sahaja amalan baik, bolehlah dibuat ketika wuquf.
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments