Soalan 112 :
Ada masanya sampai sahaja ke Makkah, orang akan tawaf. Esok buat umrah, tawaf lagi. Ada berapa jenis tawaf sebenarnya?
Jawapan :
JENIS-JENIS TAWAF
1. Tawaf Qudum
Qudum ini maknanya sampai. Oleh itu, tawaf Qudum adalah permulaan bagi ibadat ketika sampai ke Makkah bagi yang mengerjakan haji ifrad. Bandingannya macam solat tahiyatulmasjid. Sampai saja masjid, disunatkan solat sunat dua rakaat. Begitulah tawaf Qudum sebagai menghormati hak Kaabah. Hukumnya pun sunat juga.
Kalau letih boleh duduk sekejap. Apabila hilang letih, bolehlah dimulakan tawaf Qudum. Walau bagaimanapun, jika takut terlepas solat fardu, maka tangguhkanlah dahulu tawaf Qdum kerana ia adalah wajib. Tambahan pula ganjaran bagi yang melakukan solat secara berjemaah adalah amat besar.
2. Tawaf Ifadhah
Ini adalah tawaf rukun bagi ibadah umrah dan haji. Kalau tawaf Qudum hukumnya sunat, tetapi ini adalah fardu.
3. Tawaf Wada'
Wada' ialah perpisahan. Maknanya tawaf ini dilakukan apabila selesai kerja haji dan ingin meninggalkan Makkah. Walau bagaimanapun, untuk mereka yang uzur syarii, mereka dikecualikan.
4. Tawaf Sunat
Dilakukan pada bila-bila masa.
5. Tawaf Nazar
Dilakukan kerana bernazar, sama ada berada di luar atau dalam ihram.
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments