Soalan 116 :
Suami isteri tawaf bersama. Mula tawaf serentak dan berjalan bersama. Apabila tamat tujuh pusingan, isteri yakin sudah tamat tujuh pusingan. Suami pula hanya yakin baru tawaf enam pusingan.
Jawapan :
Hai...mana satu yang betul. Kalau isteri sudah yakin bahawa tawafnya sudah cukup tujuh, itu sudah OK. Kalau suami tidak yakin, maka tambahlah satu pusingan lagi.
Kalau ister nak tambah satu lagi pusingan pun tidak mengapa. Lebih tidak mengapa, kurang jangan.
Soalan 117 :
Bolehkah kalau kita tawaf menaiki helikopter?
Jawapan :
Tidak sah kerana satu daripada syarat sahnya tawaf, ia mesti dilakukan dalam masjid. Kemudian macam mana hendak menjadikan Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf. Tentu susah kalau naik helikopter. Lagipun adalah sunat jika twaf dilakukan dalam berjalan kaki mengikut pandangan mazhab Syafi'i.
Menurut pandangan mazhab lain mewajibkan berjalan jika mampu. Kalau tidak mampu berjalan, bolehlah diusung.
Soalan 118 :
Bagaimana kalau tawaf di tingkat atas Masjidil-haram?
Jawapan :
Boleh hukumnya. Tingkat atas pun masih dalam masjid lagi.
Soalan 119 :
Ada orang mengambil peluang semasa sedang tawaf untuk memegang Kaabah. Kebetulan tidak ramai ketika tawaf.
Jawapan :
Tawaf itu tidak sah. Begitu juga dengan Hijir Ismail dan Syazarwan. Tawaf mesti berada di luar daripada Hijir Ismail dan Syazarwan kerana kedua-duanya terdiri daripada Kaabah.
Baguslah kalau dapat memegang kaabah. Mungkin ada fadilatnya.
Syazarwan adalah tembok yang dijadikan bingkai di kaki Kaabah.
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments