Soalan 90
Memang zaman moden, kita pergi Makkah bukan untuk berburu, Tapi bagaimana dengan burung, burung kadang-kadang mengganggu jemaah haji?
Jawapan
Burung adalah binatang juga, bahkan halal pula dimakan. Kalau memburu burung atau membunuhnya, ia satu pantang larang dalam ihram.
Kalau bunuh juga, kenalah bayar damnya seekor kambing.
Binatang di Tanah Haram tidak boleh dihalau, Sabda Nabi SAW :
Maksudnya : " Sesungguhnya negeri ini adalah haram dan tidak ditakutkan (dihalau) binatang buruannya" (Rujuk Sunan aNasa'i, kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2892)
Soalan 91
Benarkan pokok tidak boleh dipotong di Tanah Haram?
Jawapan
Sebagai Tanah Haram, pokoknya pun tidak boleh dipotong. Sabda Nabi SAW :
Maksudnya : "Sesungguhnya negeri ini adalah haram, Tidak dipotong darinya (pokoknya)" (Rujuk : Riwayat al-Bukhari no. 1510)
Dalam Nihayah al-Muhtaj dan Sabil al-Muhtadin menyebut : Semua pokok di Tanah Haram Makkah, sama ada yang tumbuh sendiri atau yang ditanam atau yang dipindahkan, haram dipatah, dipotong atau dicabut sekiranya ia berasal dari Tanah Haram.
Maka dikenakan dam ke atas orang yang mematah, memotong atau mencabutnya sama ada di dalam ihram atau tidak. Sekiranya ia berasal dari Tanah Halal maka tidaklah haram. (Rujuk : buku al-fiqh al-Manhaji, Jilid 2, halaman 217 oleh Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri)
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments