Soalan 84
Apakah contoh benda harus sepanjang ihram yang selalu dibuat oleh jemaah haji?
Jawapan
Banyak lagi benda yang harus. Larangan ihran hanya sedikit sahaja sesuai dengan suasana ihram itu sendiri di mana hamba menghadap Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Kalau hendak tidur, itu bukan masalah. Kalau hendak makan pelbagai hidangan pak Arab, no problem. Kalau hendak pakai tali pinggang yang besar untuk simpan duit, ok.
Soalan 85
Kalau tengok larangan semasa ihram, tidak ada disebut tentang akhlak. Patutlah ramai orang suka berkelahi semasa haji.
Jawapan
Memanglah dalam larangan ihram, tidak disebut tentang akhlak. Sebabnya akhlak itu sepanjang masa kena berakhlak mulia. Bukan hanya masa haji. Benda yang dilarang semasa ihram pada asalnya adalah harus bahkan digalakkan. Potong kuku memang disuruh. Memakai wangian memang juga disuruh.
Pendek kata semua larangan ihram harus sebelum ihram. Cuma bagi membezakan ihram dengan bukan ihram, adalah kelainan sedikit.
Akhlak pula mestilah akhlak mulia. Kalau berkelahi, bergaduh, berasak-asak hingga tolak-menolak orang lain dan sebagainya, yang ini confirm satu dosa. Cuma tidaklah ada damnya. Bukankah Allah telah berfirman :
Maksudnya :
"Maka sesiapa menetapkan niatnya dalam bulan haji untuk mengerjakan haji, maka tidak boleh mengeluarkan perkataan yang berahi / bersetubuh, berbuat fasiq dan berbantah-bantah dalam mengerjakan haji" (Surah al-Baqarah 2, 197)

Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments