Soalan 86
Kalau kain ihram, kena pakai yang itu sahajakah? Tidak boleh tukarkah?
Jawapan
Boleh tukar tetapi tukar kepada kain ihram jugalah. Bukanlah kena pakai sampai sebulan tidak bertukar atau berbasuh. Ini kotor dan memaudaratkan kesihatan.
Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram.
Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram.
Soalan 87
Orang ihram boleh mandi atau tidak?
Jawapan
Mestilah boleh mandi. Mana ada larangan ihram menyebut bahawa tidak boleh mandi. Cuma masa mandi janganlah gosok sana sini, kemudian guna pula sabun yang ada bau wangian. Guna sabun tidak salah tetapi yang ada bau wangian itu jadi masalah. Ini kerana tujuan asal penggunaan sabun bagi membersihkan bukannya berwangian.
Kalau menggunakan tuala pun tidak ada salahnya. Tuala bukanlah kain yang berjahit dan bercantum. Masa mandi juga, seeloknya jangan digosok badan kuat-kuat sampai tertanggal bulu rambut. Mandi boleh tetapi menanggalkan bulu badan dan rambut tidak boleh.

Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).
Comments