Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi

RESEPI : Tom Yam Santan

Tom Yam Santan Yang Pedas Dan 'Creamy' Bahan-bahan (pes tom yam) : - 15 keping cili kering - 1 biji bawang besar - 3 ulas bawang putih - 1 inci lengkuas - 1 inci belacan bakar - 2 batang serai - Jus limau nipis Bahan-bahan (lain-lain) : - Daun limau purut - 1 inci halia - 1 inci lengkuas - 7 biji cili padi - Dada ayam - Sotong - Udang - Tomato - Jagung - Cendawan tiram - 1 cawan santan - 1 sudu besar sos ikan - Garam - Gula - Daun ketumbar Cara- cara : 1. Kisar bahan untuk pes tom yam. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis hingga garing. 3. Masukkan daun limau purut, serai, lengkuas, halia dan cili padi. 4. Masukkan air dan biar didih. 5. Kecilkan api dan masukkan tomato, jagung, cendawan tiram dan dada ayam. 6. Masukkan sotong dan udang. 7. Masukkan santan, sos ikan, garam, gula dan daun ketumbar. Kacau. 8. Siap untuk dihidang! Resepi berpandukan klip video berikut dan ubahsuai ikut citarasa sendiri. Klip Video Selam...

RESEPI : Udang Goreng Telur Masin

BAHAN-BAHAN 1. 25 ekor Udang bersaiz sederhana. 2. 1 cawan Tepung Goreng Rangup Serbaguna 3. 3 biji Telur Masin ( saya guna putihnya sekali ) 4.  Daun Bawang ( dihiris ) 5.  2 inci Halia ( dihiris halus ) 6.  1 labu Bawang Putih ( dihiris halus ) 7.  10 biji Cili Padi ( dihiris halus ) 8.  1 biji Telur Ayam 9.  Sedikit Jus Lemon 10. Sedikit serbuk Lada Hitam  11. Beberapa helai Daun Kari. 12. Minyak Masak ( untuk mengoreng udang ) CARA MEMBUATNYA : Saya memasak resepi ini berdasarkan video berikut, dengan sedikit pindaan iaitu: 1. Semasa pembersihan udang, saya tidak membuang kepala udang. 2. Saya merebus telur masin dan saya guna keseluruhan telur masin (termasuk putih telur). KLIP VIDEO Kredit :  Mrs Culinanry SELAMAT MENCUBA.

RESIPI : Kek Carrot Lembut dan Lembab

BAHAN-BAHAN : 1.  1 batang Carrot (350 gram) dibersihkan dan dikisar. 2.   250 gram Tepung Serbaguna 3.   1 1/2 sudu kecil Baking Powder 4.   1 sudu kecil Baking Soda 5.   1/2 sudu kecil Garam 6.   4 biji telur ayam 7.   200 gram Gula Pasir 8.   1 sudu besar Jus Oren 9.   3 sudu besar Orange Zest 9.   3/4 cawan Minyak Sayuran 10.  2 sudu besar Krismis Raisin CARA MEMBUATNYA : 1.   Bersihkan Lobak Merah dan dikisar. 2.   Gaul Tepung Serbuguna, Baking Powder, Baking Soda dan Garam hingga sebati. 3.   i.  Pukul Telur dan Gula Pasir hingga kelihatan pucat berkrim.       ii.  Kemudian masukkan sedikit Lobak Merah yang dikisar tadi.      iii.  Masuk Orange Zestm Jus Oren dan  Minyak Sayuran.       iv.  Tambahkan GaulanTepung ( bahan no. 2...

RESEPI : Nasi Serai

BAHAN-BAHAN 4 cawan Beras Basmathi 6 cawan Air 1 kiub Pati Ayam 5 batang Serai dititik 2 helai Daun Pandan disimpul 2 kuntum Bunga Lawang 5 biji Puah Pelaga 1 batang Kulit Kayu Manis 1 biji Bawang Besar dihiris 3 ulas Bawang Putih ditumbuk 1 camca kecil Garam 3 sudu Minyak Sapi. CARA-CARA MEMASAK Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam. Masukkan 1 camca kecil garam. Masukkan beras yang telah dibasuh. Masukkan daun pandan yang di simpul. Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak. * Nasi ini boleh di makan dengan daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging. Sumber : Rasa Kredit: Roshima Ibrahim Shima

RESEPI : Puding Roti

Bahan A 2 cawan susu segar 8 keping roti gardenia Bahan B 4 sudu makan gula halus 2 sudu makan mentega 2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanila 1 sudu makan tepung jagung Bahan C 2 sudu makan kismis hitam Bahan D (Sos Kastard) 1 tin susu cair 2 sudu makan tepung kastard 2 sudu makan gula Cara membuatnya : 1. Hancur atau koyakkan roti dan rendam dalam loyang bersama susu segar selama  30 minit. 2. Kacau dan gaul bahan B 3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang. 4. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit sehingga masak. 5. Gaulkan bahan D sos kastard  dan masakkan  di atas api yang sederhana kecil. 6. Tuang sos di atas puding semasa menghidang.

RESEPI : Peria Katak Masak Lemak Udang

BAHAN-BAHAN 5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan 8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh 1 batang serai ~ di titik 1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa 5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan BAHAN KISAR 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan 1 inc kunyit hidup CARA MEMASAK Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit airmasukkan santan dan perasakan dengan garam Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan Masukkan peria yang dah di cuci bersih Masukkan juga cili padi untuk hiasan Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan Kredit : azlitamasammanis.com

RESEPI : Tauhu Berlauk

BAHAN-BAHAN : 4 ketul Tauhu 2 tiub Tauhu Jepun Udang @ Isi Ayam Cili Merah Ddaun Bawang Ddaun Sup Telur 4 biji Garam, serbuk Lada Putih, serbuk perasa (maggie cukup rasa) CARANYA : - Blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam. - Kemudian masukkan hirisan daun bawang, ciili merah, perasa, garam, serbuk lada putih dan serbuk maggi cukup rasa. gaul rata. - Lepas tu masukkan bahan bancuhan tadi ke dalam bekas plastik, - Kukus dalam 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras. dan lepas tu potong saiz yg dikehendaki. - Pukul 2 biji telur, celup dan goreng. Sumber : Resepi Dapur Anne's (facebook) 

RESEPI : Gulai Ikan Tongkol

BAHAN UTAMA 1 ekor Ikan Tongkol, ( 1 1/2 - 2 kg seekor, dipotong )     - Guna Ikan Tongkol hitam siripnya lebih panjang  10-15 biji cili api dibuang tangkai. Minyak Masak untuk menumis 6-8 keping asam keping Sedikit asam jawa, cuka, garam dan gula/gula merah BAHAN UNTUK GULAI  1 biji kelapa ambil santan secukupnya. 1 paket kari ikan (atau2 -3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada). ( dikisar )  6 ulas bawang merah  3 ulas bawang putih  Seinci lengkuas  Seinci kunyit  5-7 biji cili kering  3-4 keping asam keping ( ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi ). Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol 1.  Cuci ikan tongkol hingga bersih, potong, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap. Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam. Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku. 2.  ...

RESEPI : Ikan Kukus Serai

BAHAN-BAHAN Bahan A 1 ekor Ikan Bawal Emas 2 cawan air Sedikit Garam 4 batang serai ( diketuk ) Sedikit perahan lemon. Sedikit Daun Sup Sehelai daun serai. Bahan B ( Dihiris ) 3 ulas Bawang Putih 4 biji Bawang Merah 3 inci Halia 5 biji Cili Padi 1 biji Lada Merah CARA MEMBUAT 1. Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan. 2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali. 3. Masukkan ikan dengan api yang kuat selama 15 minit. 4. Hidangkan dengan nasi putih. Resepi disediakan pada 21 Nov 2015 untuk hidangan makan tengahari. Sedap !!!

RESEPI : Kentang Putar

BAHAN-BAHAN ( 5 orang ) Bahan untuk Kentang Putar 10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.. (besar-besar tau) 1 sdt serbuk lada hitam 1/2 cawan susu segar sedikit garam Bahan untuk Sos 650ml air kiub pati ayam 1 biji bawang besar (cincang) 1 1/2 sdb mentega 1 sdb tepung gandum 1 sdb sos cili 1 sdb sos tiram 1 sdb kicap pekat serbuk lada hitam Cara-cara Ok.. mula-mula Rebus kentang dengan sedikit garam biar sampai empuk Bila dah empuk tos dan lenyekkan sedikit Guna hand mixer atau blend je biar halus (kentang, susu, garam dan serbuk lada hitam sedikit) Ok..dah siap untuk kentang ...untuk sos pulak. Masak air, letak kiub dan bawang besar di dalam Bila mendidih tapiskan ke dalam bekas lain Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau atas api kecil supaya tak melekat pada tepi periuk Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil di kacau supaya tidak bergentel Masukkan sos cili, sos tiram dan k...

RESEPI : DAGING DENDENG

Bahan-bahannya ;   Bahan A 1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar Bahan B 4 biji bawang besar 7 ulas bawang putih 1 inci halia sedikit kulit kayu manis 3 biji bunga lawang Bahan C 3/4 cup kicap lemak manis gula garam 7 helai daun limau purut diramas2 3 batang serai dititik 2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat 1/2 sudu kecik pes asam jawa Bahan D  air rebusan daging Cara-caranya Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap Bahan A direbus sehingga daging lembut...tapi jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak. *air rebusan jangan dibuang *daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk ( rujuk gambar ) guna lesung batu buat sampai habis ( rujuk gambar ) *goreng daging yang tel...

RESEPI : TAKOYAKI

Bahan-bahan ( cukup untuk 16 biji takoyaki) 150 gram tepung gandum 25 gram potato starch 1 biji telur 200 ml susu segar 200 ml air 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis 1 sudu teh garam 2 batang lidi sate I. Cara-cara Bancuh semua bahan dan biarkan seketika. Kobis - cincang halus Daun bawang - potong Isi udang/sotong/sosej atau cheese Bonito flake Mayonis Sos kicap Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning II. Cara-cara 1.Panaskan acuan takoyaki. Masukken sedikit minyak. 2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.    Kemudian masukkan udang/sotong. 3.Taburkan daun kobis dan daun bawang. 4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah. 5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi. 6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata. 7.Masukkan ke dalam pinggan,tu...

RESEPI : LAKSA JOHOR

Kebiasaannya, masyarakat Johor akan menikmati laksa Johor menggunakan tangan Bahan-bahan : 1 paket spageti (direbus dengan air dan satu sudu besar minyak sehingga lembut) Bahan A : Direbus dan dikisar (asingkan) 1 kilo ikan kembung 100 gm udang basah 10 gm isi ikan kurau (dibakar) 50 gm udang kering Bahan B (dikisar): 3 biji bawang besar 15 tangkai cili kering 2 cm halia 2 cm lengkuas 2 cm kunyit hidup 2 batang serai (diketuk untuk tumis) 2 keping asam gelugur 1 kotak santan 1 paket kerisik 1 paket rempah kari 4 ulas bawang putih Bahan hiasan : 10 biji limau kasturi 1 biji timun (diracik halus) Sedikit tauge segar Sedikit jeruk 2 biji bawang besar 3 biji bawang merah dan hijau Sedikit daun kesum/daun selasih Bahan sambal belacan : 6 biji lada merah 30 gm belacan (dibakar) 1 biji bawang merah Garam secukup rasa Cara membuat : 1. Rebus ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan kisar hingga halus bersama ...

RESEPI : NASI ARAB SIMPLE

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi  1 kg beras basmati (basuh dan toskan)  1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)  2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)  1 tin kecil kacang peas  1 cawan kismis  3 biji cili merah  3 biji cili hijau  3 sudu besar minyak  5 sudu besar minyak sapi  2 sudu besar serbuk jintan manis  1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)  Pewarna merah  Bawang goreng  Garam dan gula secukup rasa  2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)  1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)  1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) Bahan-Bahan Tumis 5 ulas bawang merah  3 ulas bawang putih (dimayang)  3 cm halia  2 inci kulit kayu manis  3 kuntum bunga lawang  5 kuntum bunga cengkih  3 biji buah pelaga  2 sudu kecil jintan manis  1 sudu ...

RESEPI : MEE REBUS HAJI WAHID

BAHAN-BAHAN : ✔ 2 kilo mee kuning, dicelur ✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel ✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar ✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar ✔ 3 ulas bawang putih, dikisar ✔ 3 biji bawang merah, dikisar ✔ 1 inci halia, dikisar ✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar ✔ 3 batang serai, dititik ✔ 1 inci lengkuas, dititik ✔ 5 sudu makan rempah kari daging ✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya ✔ minyak untuk menumis BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING ✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar ✔ 80g tepung gandum ✔ ¼ camca serbuk kunyit ✔ garam ✔ air secukupnya ✔ minyak untuk menggoreng BAHAN HIASAN ✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil ✔ daun sup, dimayang ✔ bawang goreng ✔ telur rebus, dibelah dua ✔ lada hijau, dipotong bulat ✔ taugeh, dicelur ✔ limau kasturi, dibelah dua CARA-CARA PENYEDIAAN CARA TEPUNG UDANG KERING ✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. ✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minya...

Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine). Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.  Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk  Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosoal, semalam. "Di dalam media sosial itu telah memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (ba...

RESEPI : CHOCOLATE CHIP COOKIE DOUGH BARS

Ingredients ½ cup unsalted butter, softened ¾ cup packed light brown sugar 1 tsp. vanilla extract 2 cup all purpose flour 1 (14 oz.) can sweetened condensed milk 2 c. mini chocolate chips ½ cup creamy peanut butter ½ cup milk chocolate chips (or semi-sweet) Instructions 1.In a large mixing bowl, mix together butter and brown sugar until it is fluffy. This takes about 3 minutes. 2.Add vanilla and beat until combined. 3.Turn the mixer to low and alternate the flour and the sweetened condensed milk until combined. Gently fold in chocolate chips. 4.Press the cookie dough into the bottom of the 8×8 pan that has been lined with parchment paper. It will be sticky so lightly flour your hands if needed. 5.Cover your bars with plastic wrap and refrigerate for 3 hours or overnight until firm. 6.To make the topping, combine the peanut butter and ½ cup chocolate chips in a microwave safe bowl. 7.Stir every 30 seconds until smooth. 8.Pour and spread over the top of the chill...

RESEPI : YEMENI MANDY CHICKEN

1. AYAM DAN SUP Bahan-bahan : 1 ekor ayam - dibelah 4 2 biji bawang besar - dadu halus 3 biji tomato - di dadu kecil 2 helai bay leaves 2 batang kulit kayu manis 7 biji buah pelaga 7 biji bunga cengkih 2 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu kecil saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon. Minyak untuk menumis Garam Cara : Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan tomato yang didadu dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar. 2. NASI Bahan bahan : 5 cawan beras basmathi - basuh dan tos 5 cawan air rebusan ayam tadi 2 labu bawang besar - dihiris 2 sb serbuk jintan putih 1 sb serbuk ketumbar Cara : Tumis sedikit bawang yang dihiris Masukkan b...

RESIPI : BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan : 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung beras 2 biji telur 3/4 cawan gula 1 cawan santan pekat 2 tongkol jagung Secubit garam 1 sudu makan mentega Cara membuatnya : Kisar jagung bersama sedikit air ( air jangan banyak sangat yer ).   Tapis ambil airnya sahaja ( saya tapis guna kain ).   Sukat 1 1/2 cawan pati jagung dan masukkan ke dalam blender.   Masukkan santan, gula, garam dan telur ke dalam blender bersama dengan pati jagung tadi dan kisar perlahan2 hingga sebati.   Masukkan kedua-kedua jenis tepung dan kisar lagi hingga sebati.   Pastikan tepung tak berketul. Masukkan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau setiap masa hingga naik wap dan pekat.   Masukkan mentega dan kacau lagi.   Tuang ke dalam acuan 8x8 inci yang disapu dengan minyak dan bakar pada suhu 180 darjah selama 1 - 1 1/4 jam hingga masak ( saya bakar api bawah sahaja selama 1/2 jam dan kemudiannya saya samb...

RESEPI - UDANG MASAK MENTEGA (BUTTER PRAWN)

Bahan-bahannya 15-20 ekor udang 3 biji telur 1 bungkus butter (guna marjerin pun boleh) 3 helai daun kari 1 batang daun sup 1 batang cili hijau 2 sudu kecil serbuk lada hitan 1 sudu kecil serbuk lada putih garam dan ajinomoto Cara membuatnya : 1. Asingkan telur yang kuning dan putih di dalam bekas yang berbeza. 2. Tuang putih telur ke atas udang 3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Gaulkan 4. Masukkan cili hijau dan gaulkan 5. Masukkan sesudu lada putih dan sesudu lada hitam dan gaulkan 6. Masukkan daun sup dan daun kari. Gaul rata 7. Masukkan 1/4 buku butter ke dalam kuali. Goreng udang 8. Goreng udang sampai udang tukar warna oren 9. Angkat dan toskan udang itu. Biar dia duduk dalam tos tu 10. Untuk kuning telur, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa serta sesudu lada hitam. Pukul kuning telur sampai kembang 11. Masukkan baki butter tadi semua ke dalam kuali panas. Tunggu sampai butter panas, cair dan berb...