1. AYAM DAN SUP
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibelah 4
2 biji bawang besar - dadu halus
3 biji tomato - di dadu kecil
2 helai bay leaves
2 batang kulit kayu manis
7 biji buah pelaga
7 biji bunga cengkih
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon.
Minyak untuk menumis
Garam
Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya.
Masukkan tomato yang didadu dan air.
Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam.
Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya.
Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan.
Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika.
Kemudian bolehlah dibakar.
2. NASI
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
5 cawan air rebusan ayam tadi
2 labu bawang besar - dihiris
2 sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk ketumbar
Cara :
Tumis sedikit bawang yang dihiris
Masukkan beras yang ditos ke dalam air rebusan ayam.
Masukkan sekali segala bahan-bahan yang tertinggal dari air rebusan tersebut.
Masak sehingga nasi kering.
Kemudian masukkan serbuk jintan dan ketumbar.
Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak dan di hidang.
Sumber : Buku Resepi (www.facebook.com/bukuresepi)
Oleh: Nora Al-Hamdani
Comments