BAHAN-BAHAN
4 cawan Beras Basmathi
6 cawan Air
1 kiub Pati Ayam
5 batang Serai dititik
2 helai Daun Pandan disimpul
2 kuntum Bunga Lawang
5 biji Puah Pelaga
1 batang Kulit Kayu Manis
1 biji Bawang Besar dihiris
3 ulas Bawang Putih ditumbuk
1 camca kecil Garam
3 sudu Minyak Sapi.
CARA-CARA MEMASAK
Panaskan minyak sapi dalam periuk.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
Masukkan serai dan masukkan air dan masukkan kiub pati ayam.
Masukkan 1 camca kecil garam.
Masukkan beras yang telah dibasuh.
Masukkan daun pandan yang di simpul.
Masak dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
* Nasi ini boleh di makan dengan daging/ayam masak palembang, ayam masak merah, kari ayam/daging/ kambing, rendang ayam/daging.
Sumber : Rasa
Kredit: Roshima Ibrahim Shima
Comments