Wednesday, March 27, 2013

19-20 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Pertama dan Hari Ke-2)

19 Mac 2013 - Hari Pertama [Umum]


9.30 malam - Berkumpul di Aras 5,  KLIA. Check-in bagasi. Wakil POTO Travel memberi taklimat sebelum berangkat ke Bursa dan Istanbul, Turki. Kumpulan ke Turki ini seramai 30 orang termasuk wakil POTO dua orang. Ketua Rombongan adalah Puan Pauziah dan dibantu oleh Puan Norainon.


Jumpa bekas guru STK, Tuan Syed Adnan. Beliau dan isteri (Pn Noraini) turut serta dalam kumpulan kami ke Istanbul dan Bursa.


Penerbangan kami ke Istanbul dengan menaiki pesawat MAS, MH 0030. Penerbangan dari KLIA ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 11 jam. Sepanjang dalam kapalterbang, kami diberi makanan ringan (kacang) dan minuman jus, makanan malam dan sarapan.





20 Mac 2013 - Hari Kedua [Umum]

Kami tiba di Istanbul jam 6.10 pagi waktu Istanbul.

 

Kami disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan, Encik Ayden. Kami dibawa menaiki bas dan terus ke destinasi pertama, Bursa.


Menaiki Feri ke Bursa


Bursa adalah ibu negeri kerajaan Ottoman sekitar tahun 1326 hingga tahun 1365. Bursa boleh dianggap sebagai tempat kelahiran budaya Turki moden.

 
 
Dalam perjalanan ke Bursa, kami melalui salah satu jambatan utama yang menghubungi benua Eropah dan Asia iaitu Bosphorus Bridge untuk ke terminal feri.  Jambatan ini menghubungi Ortaköy (sebelah Eropa) dan Beylerbeyi (sebelah Asia). Jambatan ini siap dibian pada tahun 1973. Panjang jambatan ini sejauh 1,560 meter,

Kemudian kami menaiki feri ke Bursa. Ini merupakan jalan pintas untuk Bursa berbanding menggunakan jalanraya yang jauh dan sesak. Perjalanan dengan feri ini mengambil masa 40 minit untuk sampai ke terminal di Bursa.
 
 
 
 
Perkhidmatan feri ini sama dengan perkhidmatan feri di Pulau Pinang. Di bahagian atas feri ini ada disediakan gerai makanan ringan, tempat duduk untuk bersantai dan perkhidmatan mengecas handphone dan tablet.
 
 
Makan Tengahari
 
Setibanya kami di Bursa, kami terus dibawa ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengahari.


 
 
 
Selepas makan tengahari, kebetulan anak-anak Turki pulang dari sekolah dan berjalan di hadapan restoran. Kami tahan mereka dan bergambar bersama dengan mereka sebagai kenangan.
 
 
 
  
Ulu Cami (Grand Mosque)
 
Kemudian kami dibawa ke Ulu Cami untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dengan Asar. Di Turki, masjid setaraf surau manakala Cami (Jamek) setaraf Masjid.
 
  
 
Ulu Cami (Grand Mosque) 

Ulu Cami adalah masjid terbesar di Bursa dan mercu tanda awal seni bina Uthmaniyyah, yang membawa banyak unsur dari seni bina Seljuk. masjid telah direka dan yang dibina oleh arkitek Ali Neccar dalam 1396-1399 dalam zaman pemerintahan Sultan Bayezid I. Ia adalah sebuah bangunan segi empat tepat yang besar, dengan dua puluh kubah yang disusun dalam 4x5 baris yang disokong oleh dua belas tiang. Masjid ini mempunyai dua menara.


Terdapat Mimbar yang diukir halus serta tulisan khat yang cantik yang menghiasi dinding-dinding masjid. Terdapat juga tempat berwuduk dan pancutan air tiga tingkat yang menarik.

 
 
Klip video berkaitan Grand Mosque, Bursa


Silk Market

Selepas Solat Jamak Zohor dan Asar, kami dibawa ke Silk Market. Di tingkat bawah, Silk Market terdapat gerai-gerai dan kafe manakala di tingkat satu terdapat kedai-kedai yang menjual kain sutera. Tidak banyak kedai yang menjual kain sutera secara kain ela tetapi kebanyakan kain sutera telah disiapkan sebagai kain tudung dan selendang.

Di hadapan kedai, banyak terdapat kerusi-kerusi kecil serta meja untuk pengunjung berehat sambil menikmati teh.

Di bahagian tengah tingkat bawah terdapat sebuah masjid kecil untuk pengunjung bersolat bila sampai waktunya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hotel Burcman, Bursa
 
Setelah shopping di Silk Market, kami dibawa ke Hotel Burcman untuk penginapan.


Selepas makan malam, kami berehat di bilik dan terus tidur. Selesai aturcara hari kedua.


Aturcara Lawatan

Sila klik ...
Umum
19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Ke-2
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2)
22 Mac 2013 - Hari Ke-4
23 Mac 2013 - Hari Ke-5
24 Mac 2013 - Hari Ke-6
25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir




.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...