Trip kami kali ini melawat dua bandar penting negara Turki, Bursa dan Istanbul. Kami menggunakan khidmat POTO Travel dan Tour iaitu ejen pelancongan kami ke Beijing dan Shanghai dahulu. Kali ini kami berdua sahaja, suami isteri ke Turki. Pakej kami adalah Istanbul dan Bursa 8 hari 5 malam (19 Mac 2013 - 26 Mac 2013).
Seramai 30 orang menyertai pakej ini termasuk Ketua Rombongan dan Pembantunya.
PETA ISTANBUL DAN BURSA
WANG TURKI
Bank note Turki dipanggil Turkish Lira (YTL)
Ketika ini kadar tukaran wang adalah seperti berikut :
RM1.00 = 0.56 YTL
USD1.00 = 1.75 YTL
USD1.00 = RM 3.08
WAKTU DAN MASA
Perbezaan Waktu : Waktu di Malaysia adalah awal 6 jam dari waktu Turki.
CUACA
Suhu di Bursa dan Istanbul ketika ini adalah 4 °C - 14 °C.
MAKANAN DAN MINUMAN
Biasa dihidang Sup, Roti, Salad dan Daging dengan Nasi atau Nasi Gandum. Makanan Turki tidak pedas. Minuman pula Cay Tea, teh yang popular di Turki. Teh ini adalah ramuan pelbagai herba. Satu lagi minuman popular adalah Jus Delima.
ATURCARA LAWATAN
19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-221 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2)
22 Mac 2013 - Hari Ke-4
23 Mac 2013 - Hari Ke-5
24 Mac 2013 - Hari Ke-6
25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir
LINK
Comments
http://wiyatravel.com/pakej-ke-istanbul/
ada juga pakej ke tempat2 lain. boleh lawati www.wiyatravel.com