Friday, March 29, 2013

21 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-3 Bhg. 2)

21 Mac 2013 Hari Ketiga (Bhg. 2) [Umum]

Dari Bursa kami berangkat ke Istanbul. Kami melalui bandar Yalova menuju ke Terminal Feri untuk ke Istanbul.

Dalam perjalanan kami berhenti sebentar untuk melihat ladang Zaitun. Pada masa ini pokok-pokok zaitun mula menyegar kerana peralihan cuaca. Negara Turki adalah pengeluar minyak Zaitun (Olive Oil) yang keenam terbesar didunia iaitu kira-kira 5% pengeluaran dunia. Negara Sepanyol (Spain) adalah pengeluar utama dunia kira-kira 45% pengeluaran dunia.

 
 
 
 
Pelbagai buah Zaitun jeruk sentiasa disediakan di hotel.
 
 
 
Feri ke Istanbul
 
 
 
 
 
Selepas tiba di terminal, bas pun bergerak menuju bandar Istanbul. Kali ini kami melalui jambatan kedua iaitu Fatih Sultan Mehmet Bridge. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1988. Jambatan ini menghubungi Hisarüstü  (sebelah Eropa) dan Kavacık (sebelah Asia). Panjang jambatan ini adalah 1,510 meter. 
 
 


Makan Tengahari

Setiba di Istanbul, kami di bawa makan tengahari di Sehir Restaurant.

 

 

Gian Mori - Best Leather

Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat di Pusat Jualan Barangan Kulit.

 
 
Mereka membawa kami di suatu bilik untuk melihat model-model mereka mempergayakan pakaian dan kot kulit dalam tayangan Fashion Show.
 

 
 

Selepas Fashion Show, barulah kami dibawa ke ruang pakaian, kot dan beg berasaskan kulit.

 
 
Harga barangan kulit mereka sangat mahal, tidak termampu untuk membelinya.
 
 
 
Selepas ini kami dibawa ke Hotel Ikbal untuk penginapan kami sepanjang tempoh kami di Istanbul.
Check-in dan aktiviti bebas .
 
 
 
Pada malam, saya dan Mat Arif berjalan-jalan kawasan sekitar hotel. Kami melihat orang Turki menjual anak ikan goreng berserta salad dan roti. Harga 5 Lira. Rasa ok ..sedap. Sesiapa yang ke Istanbul mesti cuba. Biasanya mereka berniaga sebelah petang hingga malam.
 
 
 
Tamat lawatan hari ketiga.


Aturcara Lawatan
 
Sila Klik ...
Umum
19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-2
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
21 Mac 2013 - Hari Ke-2 (Nhg. 2)
22 Mac 2013 - Hari Ke-4
23 Mac 2013 - Hari Ke-5
24 Mac 2013 - Hari Ke-6
25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...