22 MAC 2013 HARI KEEMPAT
HOTEL IKBAL, ISTANBUL
Sarapan pagi di Hotel Ikbal.
Bersiap sedia untuk lawatan di Istanbul.
TOPKAPI PALACE
Lawatan pertama pada hari ini adalah Topkapi Palace. Topkapi merupakan istana terbesar dan tertua di dunia masih terpelihara hingga ke hari ini. Pada tahun 1924, Presiden Kemal Atatürk telah menjadikan Topkapi Palace kepada sebuah muzium. Terletak di Acropolis, suatu tapak yang strategik di Istanbul, di Bosphorus dan Laut Marmara. Ia adalah sebuah kompleks dan dikelilingi oleh pagar dinding sepanjang 5 km dengan keluasan 700,000 meter persegi.
Untuk memasuki ke Topkapi Palace, kita akan melalui pintu gerbamg yang gah. Semasa istana digunakan, terdapat beberapa zon yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi pihak istana.
Dahulu Topkaki Palace merupakan pusat hal ehwal pentadbiran, tempat di mana majlis menteri bermesyuarat, perbendaharaan serta tempat penyimpanan harta, barangan antik dan arkib kepunyaan negara selain tempat penginapan sultan.
Kami dibawa melawat tempat beradu Sultan, dapur penyediaan makanan dan kediaman ahli keluarga yang lain. Di bahagian Perbendaharaan dijadikan koleksi peninggalan Nabi Muhammad dan Sahabat Nabi serta khalifah Islam seperti pedang Nabi SAW dan para sahabat r.a, baju Saidina Ali dan Siti Aminah, sarung batu aswad, cincin dan batu permata serta beberapa barang sejarah Islam. Selain dari itu terdapat juga pakaian, perhiasan diri dan alat kepunyaan Sultan Mehmet dan keturunannya. Tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana pengunjung dilarang mengambil gambar terutama di bahagian perbendaharaan yang menyimpan sejarah Islam.
AYA SOFYA
Aya Sofya merupa tempat lawatan kedua.
Dalam bahasa Turki disebut Aya Sofya, dalam bahasa Yunani dikenali sebagai Hagia Sophia merupakan bekas sebuah gereja Byzantine dan bekas masjid Uthmaniyyah di Istanbul. Sekarang Aya Sofya telah dijadikan sebuah muzium umum.
Hagia Sophia telah dibina semula pada tahun antara 532 dan 537 di bawah pengawasan Maharaja Justinian I.
Hagia Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah gereja sehingga 29 Mei 1453, apabila Sultan Mehmet menawan bandar Constantinople. Beliau kagum pada keindahan Hagia Sophia kemudian menukar Haiga Sophia menjadi masjid semasa pemerintahan empayar beliau.
Hagia Sophia berkhidmat sebagai masjid utama Istanbul selama hampir 500 tahun. Ia menjadi model bagi banyak masjid Uthmaniyyah di Istanbul seperti Masjid Biru, Masjid Suleiman, Masjid Shehzade dan Masjid Rustem Pasha.
Pada tahun 1934, di bawah presiden Turki Kemal Atatürk, Hagia Sofia dijadikan Muzium Ayasofya.
Rehat sebentar setelah melawat Aya Sofya dan menikmati Jus Delima yang diperah terus dari buahnya, Harga satu cawan Jus Delima ini 10 Lira.
MAKAN TENGAHARI
Kali pertama makan nasi daripada bijiran gandum.
BLUE MOSQUE
Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat Masjid Biru atau Blue Mosque serta menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.
Masjid Biru (dipanggil juga Sultanahmet Camii di Turki) adalah sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana rekabentuk dinding dalamannya dihias dengan jubin biru (lebih kurang 20,000 jubin). Masjid ini telah dibina di antara tahun 1609 dan 1616 tahun, semasa pemerintahan Ahmed I. Seperti kebanyakan masjid lain, ia juga terdapat makam pengasas, madrasah dan hospice.
Walaupun masih digunakan sebagai masjid, Masjid Sultan Ahmed juga telah menjadi tarikan pelancongan yang popular di Istanbul. Terdapat enam menara merupakan ciri yang paling ketara apabila melihat Masjid Biru dari jauh. Selain menjadi tarikan pelancong, ia juga sebuah masjid yang aktif, jadi ia ditutup kepada pelancong lebih kurang setengah jam atau lebih semasa solat lima waktu didirikan.
Waktu Solat dalam bahasa Turki
1) Imsak (Subuh)
2) Güneş (Syuruk)
3) Ögle ( Zohor)
4) Ikindi ( Asar)
5) Aksam (Maghrib)
6)
Yatsi (Isyak)
Hari ini hujan membasahi bumi Istanbul, baru rasa betul-betul sejuk, 6 darjah Celsius (°C).
SPICE BAZAAR
Selepas solat, kami dibawa ke Spice Bazaar. Beberapa abad yang lalu, ia adalah pasaran bagi barang-barang yang dibawa dari Mesir (maka nama lain bazaar ini - Mesir Bazaar) yang termasuk rempah, herba, incenses aromatic, pati minyak wangi dan barang-barang lain.
Suasananya menjadikan suatu tempat tarikan pelancong untuk bergambar.
Disini terdapat buah-buahan kering dan kacang, pelbagai teh bunga dari China, pelbagai rempah kari dari India, kunyit dari Iran, buah zaitun, kaviar Russia, Turki delight, minyak dan pati, baik untuk kesihatan.
Selepas melawat dan membeli-belah di Spice Bazaar, kami pulang ke hotel.
Tamat lawatan hari keempat.
ATURCARA LAWATAN
Sila klik ...- 19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-2
- 21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
- 21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2)
- 22 Mac 2013 - Hari Ke-4
- 23 Mac 2013 - Hari Ke-5
- 24 Mac 2013 - Hari Ke-6
- 25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir
LINK
Comments