Saturday, April 6, 2013

24 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-6)

24 Mac 2013 Hari Keenam [Umum]

Hari ini merupakan hari keenam dalam aturcara lawatan. Mengikut pakej, hari ini adalah Free n Easy. Pihak POTO ada menawar pakej pilihan untuk hari ini iaitu Cruise Bosphorus dengan bayaran sebanyak USD 60. Cruise Bosphorus ini mengambil masa lebih kurang 2 jam mengelilingi Laut Marmara melihat panorama indah sekelilingnya. Seramai 17 orang daripada kami setuju dengan tawaran tersebut. pakej ini juga termasuk makan tenghahri.
 
 
Saya dan isteri tidak menyertai Cruise yang ditawar itu.  Saya dan isteri, Mat Arif dan isteri dan Abdul Satar dan isteri, kami bercadang untuk ronda semula Spice Bazaar.
 
 
 
 
 
 
Setelah selesai ronda di Spice Bazaar, kami semua mencari-cari stesen Tram yang berdekatan untuk pulang ke hotel.

  


Kami lalu subway untuk menyeberangi jalan. Rupa-rupanya di Subway ini ada kedai. Singgah sebentar, kami beli baju sejuk 5 helai, sehelai 5 Lira aje.
 
 
Semasa kami lalu berdekatan dengan terminal Cruise, kakitangan cruise sedang menjaja mencari pelanggan dengan bayaran 10 Lira. Tanpa berfikir panjang, kami berenam setuju dan terus menaiki curise tersebut. Rasa bertuah pula.
 
 
Cruise ini adalah terbuka untuk semua orang. Pelayaran cruise ini sama dengan pelayaran curise yang ditawarkan oleh wakil POTO cuma cruise wakil POTO itu terhad kepada kami sahaja.
 
 
 
 
 
 
 

Lebih kurang 2 jam belayar, kami kembali ke terminal.
 
 
 
 
 
 
Selepas kami menuju ke stesen Tram berdekatan (Peta laluan Sistem Pengangkutan Istanbul). Bayaran tiket Tram hanya 3 Lira untuk ke mana sahaja destinasi. Hotel kami di stesen keenam dari stesen yang kami naiki. Setibanya di stesen yang dituju, kami turun dan terus ke hotel. 

 
 

Selepas solat di bilik, saya bersama isteri pergi makan tengahari. Makan tengahari kali ini tidak disediakan oleh pihak POTO. Kami makan di sebuah restoran berdekatan dengan hotel.

Selepas itu kami pulang ke hotel dan berehat.

Berkemas-kemas kerana esok flight kami pulang ke Malaysia jam 3.00 petang waktu Istanbul.

Tamat lawatan hari ke-6.


Aturcara Lawatan
 
Sila Klik ...
Umum
19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-2
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2)
22 Mac 2013 - Hari Ke-4
23 Mac 2013 - Hari Ke-5
24 Mac 2013 - Hari Ke-6
25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...