Skip to main content

PRU13 - Apa kata Ust. Ridhwan Tee Abdullah.

Petikan daripada Facebook


SUDAH dua hari penamaan calon berlalu untuk PRU13. Sebelum itu, nama-nama mereka yang bertanding telah diumumkan oleh parti-parti terbabit. Macam-macam reaksi kedengaran.

Ada yang merajuk kerana tidak terpilih. Tidak kurang yang agresif bertindak balas, membalas dendam dan pelbagai reaksi negatif. Pendek kata, semua mahu menjadi calon. Jarang kedengaran reaksi positif. Apabila tidak terpilih, mereka berkata; Alhamdulillah, syukur, kerana terlepas daripada memikul tanggungjawab yang begitu besar. Ramai lupa atau buat lupa, jawatan di dunia, ada perkiraan syurga dan neraka.

Dahulu, ramai yang takut dipilih menjadi pemimpin, kerana takutkan azab ALLAH SWT. Apatah lagi memimpin negara. Mereka akan dihisab terlebih dahulu. Hari ini, semua mahu jadi pemimpin, seolah-olah amanah itu hanya suatu permainan untuk mendapat kuasa.

Soal sama ada, menepati KPI (amanah) ALLAH SWT, boleh menang atau tidak, belakang kira. Yang penting, mahu bertanding. Malang sungguh mendapat manusia seperti ini.

Hari ini, berbeza dengan zaman dahulu. Persaingan sengit, ramai yang layak dan lebih layak. Mungkin kita sesuai untuk masa lalu, namun tidak relevan lagi untuk masa kini. Mustahil bagi seseorang pemimpin boleh mengenali setiap ahli untuk dinilai sebagai pemimpin. Biasalah jika ada yang terlepas pandang. Apa yang penting, bersangka baik jika tidak terpilih. Pun begitu, sedih juga melihat pemimpin berakhlak buruk turut terpilih.

Jangan bakar kelambu, hanya kerana marahkan nyamuk. Bila tidak dapat yang dicitakan, bakar jambatan. Fikirkan masa depan agama dan anak bangsa. Bukan beremosi kerana tidak terpilih. Berjuanglah kerana ALLAH SWT, bukan yang lain. Mesti ada hikmah di sebalik.

Ada beberapa calon Umno yang tidak terpilih mahu menyertai pembangkang atau bertanding calon Bebas. Walaupun sebelum ini telah beberapa kali menjadi wakil rakyat. Cukuplah. Berilah laluan kepada orang lain.

Di sinilah kelebihan Pas. Ahli mereka akur kepada arahan pucuk pimpinan. Malah, mereka yang tidak terpilih semakin kuat bekerja untuk parti sebab mereka tahu apa yang diperjuangkan.

Pada saya, Umno perlu mencontohi budaya politik Pas. Tidak dinafikan ada yang kecewa, tetapi tidak sampai bertindak menghancurkan parti.

Dalam sebuah negara demokrasi, tidak dinafikan, sesiapapun berhak untuk keluar masuk parti apabila dirasakan tidak sesuai. Itu khianat namanya.

Pada saya, jika tidak terpilih, caranya bukan melompat parti atau bertanding Bebas. Banyak lagi cara untuk berjuang. Paling kurang, duduk diam-diam. Main dengan anak cucu. Latih anak cucu menjadi pemimpin yang takutkan ALLAH SWT, dosa dan pahala. Moga bila besar nanti mereka menjadi pemimpin yang lebih baik. Ingat kata-kata Franklin D Roosevelt, “Kita tidak selalu boleh membangun masa depan untuk generasi mendatang. Tapi kita boleh menyiapkan generasi mendatang untuk masa depan”.

Dalam konteks politik Malaysia, jarang calon Bebas bertanding menang, kecuali di Sabah dan Sarawak. Jika ada pun yang menang, calon tersebut memang hebat seperti Shahrir Samad, bagi Parlimen Johor Bahru suatu masa dahulu. Adakah kita sebegitu hebat? Tidak perlu buang duit, kerana sudah tentu kalah. Gunakan duit itu untuk membantu mereka yang memerlukan seperti ibu tunggal dan anak yatim. Pahalanya lebih besar.

Pada saya, mereka boleh bertukar parti, jika mereka benar-benar faham perjuangan parti tersebut, bukan kerana kecewa kerana tidak dilayan dengan baik setelah tidak berkuasa. Lumrah dunia memang begitu. Masa berkuasa, semua orang suka, kentut pun bau wangi. Tetapi bila tidak berkuasa, orang pandang pun tidak.

Inilah akibatnya, ketika berkuasa, kita tidak muliakan ALLAH SWT, bagaimana kita boleh mendapat penghormatan manusia. Khalifah Abdul Malik Bin Marwan pernah berkata; “Semulia-mulia manusia ialah mereka yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkuasa, memaafkan ketika berkuasa membalas dan bersikap adil ketika berkuasa”.

Justeru, saya menyeru kepada mereka yang obses untuk berkuasa. Muliakanlah ALLAH SWT ketika berkuasa (juga tidak berkuasa), Insya-ALLAH, ALLAH SWT akan muliakan kita di dunia. Jika tidak dapat pun kemuliaan di dunia, kita akan dimuliakan di akhirat.


Sumber

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...