Skip to main content

22 Mac 2013 : Istanbul dan Bursa (Hari Ke-4)

22 Mac 2013 Hari Keempat [Umum]

Sarapan pagi di Hoel Ikbal.

Sarapan pagi di Hotel Ikbal.

 
Bersiap sedia untuk lawatan di Istanbul.
 
  
Topkapi Palace

Lawatan pertama pada hari ini adalah Topkapi Palace. Topkapi merupakan istana terbesar dan tertua di dunia masih terpelihara hingga ke hari ini. Pada tahun 1924, Presiden Kemal Atatürk telah menjadikan Topkapi Palace kepada sebuah muzium. Terletak di Acropolis, suatu tapak yang strategik di Istanbul, di Bosphorus dan Laut Marmara. Ia adalah sebuah kompleks dan dikelilingi oleh pagar dinding sepanjang 5 km dengan keluasan 700,000 meter persegi.


Untuk memasuki ke Topkapi Palace, kita akan melalui pintu gerbamg yang gah. Semasa istana digunakan, terdapat beberapa zon yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi pihak istana.
 
 
 
 
 
 
Dahulu Topkaki Palace merupakan pusat hal ehwal pentadbiran, tempat di mana majlis menteri bermesyuarat, perbendaharaan  serta tempat penyimpanan harta, barangan antik dan arkib kepunyaan negara selain tempat penginapan sultan.

 
Kami dibawa melawat tempat beradu Sultan, dapur penyediaan makanan dan kediaman ahli keluarga yang lain. Di bahagian Perbendaharaan dijadikan koleksi peninggalan Nabi Muhammad dan Sahabat Nabi serta khalifah Islam seperti pedang Nabi. SAW dan para sahabat r.a, baju Saidina Ali dan Siti Aminah, sarung batu aswad, cincin dan batu permata serta beberapa barang sejarah Islam. Selain dari itu terdapat juga pakaian, perhiasan diri dan alat kepunyaan Sultan Mehmet dan keturunannya. Tidak banyak gambar yang dapat diambil kerana pengunjung dilarang mengambil gambar terutama di bahagia perbendaharaan yang menyimpan sejarah Islam.


Aya Sofya

Aya Sofya merupa tempat lawatan kedua.


Dalam bahasa Turki disebut Aya Sofya, dalam bahasa Yunani dikenali sebagai Hagia Sophia merupakan bekas sebuah gereja Byzantine dan bekas masjid Uthmaniyyah di Istanbul. Sekarang Aya Sofya telah dijadikan sebuah muzium umum.
 
 
 
Hagia Sophia telah dibina semula pada tahun antara 532 dan 537 di bawah pengawasan Maharaja Justinian I.
 
 
Hagia Sophia kekal berfungsi sebagai sebuah gereja sehingga 29 Mei 1453, apabila Sultan Mehmet menawan bandar Constantinople. Beliau kagum pada keindahan Hagia Sophia kemudian menukar Haiga Sophia menjadi masjid semasa pemerintahan empayar beliau.


 
 
Hagia Sophia berkhidmat sebagai masjid utama Istanbul selama hampir 500 tahun. Ia menjadi model bagi banyak masjid Uthmaniyyah di Istanbul seperti Masjid Biru, Masjid Suleiman, Masjid Shehzade dan Masjid Rustem Pasha.
 
 
Pada tahun 1934, di bawah presiden Turki Kemal Atatürk, Hagia Sofia dijadikan Muzium Ayasofya.
 
 
 
Rehat sebentar setelah melawat Aya Sofya dan menikmati Jus Delima yang diperah terus dari buahnya, Harga satu cawan Jus Delima ini 10 Lira.


Makan Tengahari

Kali pertama makan nasi daripada bijiran gandum.

 
 
 
 
Blue Mosque

Selepas makan tengahari, kami dibawa melawat Masjid Biru atau Blue Mosque  serta menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

 
 
Masjid Biru (Dipanggil juga Sultanahmet Camii di Turki) adalah sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin biru yang mengelilingi dinding reka-bentuk dalamannya (lebih kurang 20,000 jubin). Masjid ini telah dibina di antara tahun 1609 dan 1616 tahun, semasa pemerintahan Ahmed I. seperti kebanyakan masjid lain, ia juga terdiri daripada makam pengasas, madrasah dan hospice.
 
 
Walaupun masih digunakan sebagai masjid, Masjid Sultan Ahmed juga telah menjadi tarikan pelancongan yang popular di Istanbul. Enam menara adalah ciri yang paling ketara apabila melihat Masjid Biru dari jauh. Selain menjadi tarikan pelancong, ia juga sebuah masjid yang aktif, jadi ia ditutup kepada pelancong lebih kurang setengah jam atau lebih semasa solat lima waktu didirikan.
 
Waktu Solat dalam bahasa Turki
1) Imsak (Subuh)
2) Güneş (Syuruk)
3) Ögle ( Zohor)
4) Ikindi ( Asar)
5) Aksam (Maghrib)
6) Yatsi (Isyak)
 
 
 
 
 
 
 
 Hari ini hujan membasahi bumi Istanbul, baru rasa betul-betul sejuk, 6 darjah Celsius (°C).

Spice Bazaar

Selepas solat, kami dibawa ke Spice Bazaar. Beberapa abad yang lalu, ia adalah pasaran bagi barang-barang yang dibawa dari Mesir (maka nama lain bazaar ini - Mesir Bazaar) yang termasuk rempah, herba, incenses aromatic, pati minyak wangi dan barang-barang lain.


Suasananya menjadikan suatu tempat tarikan pelancong untuk bergambar.

 
 
 
 
 
 
Disini terdapat buah-buahan kering dan kacang, pelbagai teh bunga dari China, pelbagai kari dari India, kunyit dari Iran, buah zaitun, kaviar Russia, Turki delight, minyak dan pati baik untuk kesihatan.

Selepas melawat dan membeli-belah di Spice Bazaar, kami pulang ke hotel.

Tamat lawatan hari ke-empat.


Aturcara Lawatan
 
Sila Klik ...
Umum
19-20 Mac 2013 - Hari Pertama dan Hari Ke-2
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 1)
21 Mac 2013 - Hari Ke-3 (Bhg. 2)
22 Mac 2013 - Hari Ke-4
23 Mac 2013 - Hari Ke-5
24 Mac 2013 - Hari Ke-6
25-26 Mac 2013 - Hari Ke-7 dan Hari Terakhir



Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem