Soalan : Bukankah Madu Lebah itu adalah penawar bagi umat Islam? Tetapi mengapa perkara yang berlainan berlaku kepada anak saudara saya. Setiap kali dia meminum madu sakit ususnya bertambah teruk. Mengapa perkara ini berlaku? sedangkan saya ada mendengar bahawa Rasul SAW menyatakan madu lebah itu adalah penawar dan penyembuh. Mohon penjelasan dari ustaz. Jawapan : Allah SWT berfirman: وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتاً وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ . يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ Maksudnya: “ Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: “buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna...