PERKARA 1 : MENINGGALKAN SOLAT SECARA TOTAL.
Ada orang yang meninggalkan solat secara total atau keseluruhan atau tidak mengerjakan solat sama sekali.
Perbuatan ini sebenarnya menyebabkan pelakunya menjadi kafir.
Dalilnya terdapat dalam Al-Quran, hadis-hadis sahih dan kesepakatan ulama (ijma')
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah (9 سورة التوبة ) Ayat 11,
فَإِن تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ ۗ وَنُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan
mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah
saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan
Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui."
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddaththir (سورة المدثر 74) Ayat 42-43.
"(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;"
Hadis Nabi dari Jabir, bahawa Nabi S.A.W bersabda yang maksudnya:
Demikian pula dengan kesepakatan ulama (ijma' ulama) Abdullah bin Syaqiq mengatakan bahawa :
Sumber/Petikan dari Buku : 101 Kesalahan Dalam Solat oleh penyusun ABU AFIFAH terbitan Al-Hidayah Publications
" Perbezaan antara kita dan mereka (orang kafir) adalah solat. Maka barangsiapa yang tidak mengerjakan solat termasuk orang kafir."
(H.R.Ahmad, hadis sahih)
Demikian pula dengan kesepakatan ulama (ijma' ulama) Abdullah bin Syaqiq mengatakan bahawa :
"Sahabat-sahabat Muhammad radhiyallahu 'anhum - tidak melihat adanya dosa yang menyebabkan kekufuran, melainkan solat"
Sumber/Petikan dari Buku : 101 Kesalahan Dalam Solat oleh penyusun ABU AFIFAH terbitan Al-Hidayah Publications
Comments