17 Disember 2011. Setelah beberapa kali tertangguh, kali ini berjaya diadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) tahun 1976-1980. Ini merupakan reunion kedua, sebelum ini diadakan pada tahun 2008 di tempat yang sama iaitu di Rumah Rehat Kluang atau Kluang Rest House. Majlis ini telah diuruskan oleh Jawatakuasa yang diketuai oleh Saudara Hairuddin Ahmad.
Lebih kurang jam 3.00 petang, aku bersama isteri dan tiga anakku bertolak dari Taman Cheras Jaya menuju ke Kluang untuk menghadiri perjumpaan ini. Singgah sebentar di Medan Selera Lot 10, Kg. Abu Bakar Baginda untuk menikmati makanan tengahari. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang dua jam perjalanan, kami berhenti rehat di RnR Pagoh untuk menunaikan kewajiban solat Asar. Kami tiba di Hotel Nagaria, Kluang lebih kurang jam 6.45 petang dan berehat. Jam 8.15 malam bersiap untuk ke Rest House, Kluang.
Majlis bermula jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan serta bacaan doa oleh Pengerusi Penganjur, Saudara Hairuddin. Makan malam bermula dengan diselang-seli dengan ucapan pengenalan diri dari setiap ahli yang hadir agar setiap rakan dapat mengenali lebih dekat lagi, mengimbau kembali kenangan dan nostalgia zaman persekolahan, membina semangat setia kawan, ukhwah lebih bertaut dan rangkaian network dapat dimanafaatkan.
Perjumpaan tidak habis di sini, sebahagian dari kami meneruskan untuk bersembang panjang di Restoran Jamilah di Taman Lian Seng. Kami beredar pada jam 1.30 pagi.
Saya mengucapkan tahniah dan berbanyak terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang berjaya mengadakan perjumpaan ini. Syabas bagi semua kawan-kawan yang dapat melapangkan masa untuk hadir di perjumpaan ini. Diharap perjumpaan seupama ini dapat diteruskan dan kepada semua kawan diharap dapat memberi sokongan untuk kebaikan kita bersama. Kita jumpa di perjumpaan yang akan datang.
.
Comments