Skip to main content

Posts

Showing posts with the label STK

Majlis Imbauan Nostalgia exSTK 1976-1980

17 Disember 2011 . Setelah beberapa kali tertangguh, kali ini berjaya diadakan perjumpaan bekas pelajar Sekolah Tinggi Kluang (STK) tahun 1976-1980. Ini merupakan reunion kedua, sebelum ini diadakan pada tahun 2008 di tempat yang sama iaitu di Rumah Rehat Kluang atau Kluang Rest House . Majlis ini telah diuruskan oleh Jawatakuasa yang diketuai oleh Saudara Hairuddin Ahmad. Lebih kurang jam 3.00 petang, aku bersama isteri dan tiga anakku bertolak dari Taman Cheras Jaya menuju ke Kluang untuk menghadiri perjumpaan ini. Singgah sebentar di Medan Selera Lot 10, Kg. Abu Bakar Baginda untuk menikmati makanan tengahari. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Lebih kurang dua jam perjalanan, kami berhenti rehat di RnR Pagoh untuk menunaikan kewajiban solat Asar. Kami tiba di Hotel Nagaria, Kluang lebih kurang jam 6.45 petang dan berehat. Jam 8.15 malam bersiap untuk ke Rest House, Kluang. Majlis bermula jam 8.30 malam dengan ucapan alu-aluan serta bacaan doa oleh Pengerusi...

Majlis Hi-Tea exSTK dan exGuru STK

LINK Home MyTrip SanaSini

Hi-Tea Bersama exSTK

17 Mei 2011 . Satu majlis Hi-Tea bersama rakan-rakan bekas sekolah Sekolah Tinggi Kluang (STK) di Kelab Rekreasi Tentera Utara (KRTU). Majlis ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.30. Majlis ini telah dirancang dan diatur oleh Tuan Haji Kamarulzaman dan Puan Rosemah sebagai penganjur. Kira-kira 42 orang kawan menghadiri majlis ini bersama-sama keluarga dimana mereka terdiri dari Batch SPM 1979 hingga SPM Batch 1989. Turut hadir dua orang bekas guru iaitu Tuan Haji Sudir dan Tuan Syed Hassan.

Gathering Bersama Kawan STK di Restoran D'Tasek, Uniten, Bangi

Satu perjumpaan dengan kawan-kawan Sekolah Tinggi Kluang telah diadakan di Restoran D'Tasek, Uniten, Bangi pada 6 November 2010. Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Muhammad Yunos Abdul Hamid, Mohd Zain Adam, Mohd Fauzi Mohd Lazim, Abdul Aziz Kamat dan Mohh Yusop Ibrahim.  Saya berdoa agar kita semua dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi di perjumpaan di Dewan Besar, Sekolah Tinggi Kluang pada 23-24 Disember 2010 ini.