PERKARA 1 : MENINGGALKAN SOLAT SECARA TOTAL . Ada orang yang meninggalkan solat secara total atau keseluruhan atau tidak mengerjakan solat sama sekali. Perbuatan ini sebenarnya menyebabkan pelakunya menjadi kafir . Dalilnya terdapat dalam Al-Quran, hadis-hadis sahih dan kesepakatan ulama (ijma') Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah (9 سورة التوبة ) Ayat 11, فَإِن تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ ۗ وَنُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui. " Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddaththir ( سورة المدثر 74) Ayat 42-43. مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿ ٤٢ ﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿ ٤٣ "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah...