HARI 05 ( 6 Jun 2011) SHANGHAI
Kami tiba di Stesen Keretapi Hongqiao, Shanghai jam 7.20 pagi setelah lebih kurang 10 jam perjalanan dari Stesen Keretapi Beijing Selatan.
Shanghai menyambut kami dengan cuaca hujan, selama kami di Beijing, cuaca adalah panas. Menurut Tour Guide kami dari Shanghai, Encik Jason, Shanghai baru mula hujan sejak semalam.
SARAPAN PAGI
Kami dibawa bersarapan di sebuah restoran muslim. Kali ini ada kelainan sedikit, di sini kami disediakan makanan seperti roti nan dan telur ayam goreng dengan minuman teh cina.
BUND OF RIVER
Selepas sarapan kami dibawa ke Bund of River, merupakan dataran di tepi tebing Sungai Huangpu. Disini kita boleh menikmati permandangan panorama indah dengan bangunan tinggi mencakar langit yang unit dan menarik. Oleh kerana hari masih hujan renyai, sesi fotograpi tidak dapat diambil dengan selesa.
NANJING ROAD
Selepas itu kami dibawa ke Nanjing Road yang merupakan kawasan membeli-belih yang terkemuka di Shanghai. Suhu ketika ini adalah 19 darjah Celcius, boleh dikatakan sejuk juga.
MAKAN TENGAHARI
Jam 11.00 pagi, kami dibawa makan tengahari.
CHECK-IN HOTEL
Selepas makan tengahari, barulah kami dibawa ke hotel. Kami check-in di Hotel Holiday Inn terletak agak jauh sedikit dari pusat bandar. Memang terasa penat dan letih, maklumlah malam tadi dalam keretapi. kebanyakan daripada kami tidur ketika itu.
MAKAN MALAM
Jam 5.00 petang, kami berkumpul di lobi hotel sebelum berangkat ke restoran untuk makan malam. Mengikut program, selepas makan malam tiada lagi acara untuk hari ini.
Kami ditawarkan untuk menikmati cruise dengan bayaran CNY 150. Bagi mereka yang setuju akan dibawa ke terminal dan bagi yang tidak ingin menikmati cruise dibawa pulang ke hotel.
HUANGPU RIVER CRUISE
Mengikut acara lawatan, Huangpu River Cruise ini tidak termasuk didalam pakej pelancongan kami. Kami ditawarkan untuk menikmati cruise ini dengan bayaran CNY 150 termasuk tambang dan perkhidmatan bas dari hotel ke terminal cruise. Tambang cruise sebentar adalah CNY 100. Untuk memenuhi masa terluang, kebanyakan kami bersetuju untuk menyertai cruise ini.
Video 26 saat semasa cruise
Tiket cruise yang dapat dibeli, masa pelayarannya bermula jam 7.45petang. Cruise ini mengambil masa lebih kurang 50 minit belayar menyusuri Sungai Huangpu. Semasa cruise, kami dapat melihat permandangan panorama yang indah dan cantik dengan kelipan dan pancaran cahaya lampu di bangunan-bangunan tinggi di tepi sepanjang Sungai Huangpu ini. bandaraya Shanghai bermandi cahaya.
Setelah tamat cruise, kami dibawa pulang ke hotel.
Tamat hari kelima
- HARI 01: K.LUMPUR – BEIJING (sila klik)
- HARI 02: BEIJING (sila klik)
- HARI 03: BEIJING (sila klik)
- HARI 04: BEIJING-SHANGHAI (sila klik)
- HARI 05: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 06: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 07: SHANGHAI - KUALA LUMPUR (sila klik)
LINK
Comments
SERONOKNYA ! TERINGIN NAK PERGI ! BEIJING, LF PERNAH PERGI !
Memang seronok di Shanghai, panorama yg cantik di Bund of River terutama waktu malam.