Hari 07 ( 8 Jun 2011 ) SHANGHAI-KUALA LUMPUR
Melancong ke China - Am (klik)
Lapangan Terbang Pudong, Shanghai
Selamat tinggal Shanghai, Selamat tinggal China.
Transit di Hong Kong
KLIA.
Melancong ke China - Am (klik)
Melancong ke China - Hari Pertama (klik)
Melancong ke China - Hari Kedua (klik)
Melancong ke China - Hari Ketiga (klik)
Melancong ke China - Hari Keempat (klik)
Melancong ke China - Hari Kelima (klik)
Melancong ke China - Hari Keenam (klik)
Melancong ke China - Am (klik)
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Negara China. Kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Malam tadi kami semua terpaksa tidur lewat, mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Hari juga kami terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi, menyiapkan diri seterusnya berkumpul di lobi hotel jam 5.00 pagi. Kami dibekalkan sarapan dengan roti dan buah epal.
Setelah semua check-out, memasukkan semua beg dan barang-barang ke dalam bas, lebih kurang jam 5.30 pagi, bas pun bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai. Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami terpaksa bertolak awal kerana dikhuatiri akan sesak semasa penduduk Shanghai bergegas ke tempat kerja.
Lapangan Terbang Pudong, Shanghai
Kami tiba di lapangan terbang jam 6.05 pagi. Hari dah pun cerah, maklumlah ketika ini waktu terbit matahari di Shanghai pada jam 4.48 pagi. Kami pun mengangkat beg dan barang-barang menuju ke tempat pemeriksaan Selepas membuat pemeriksaan beg dan barang-barang, kami pun pergi ke pemeriksaan imigresin pula. Selepas itu kami duduk untuk menunggu waktu check-in jam 8.25 pagi. Penerbangan kami dijadualkan pada jam 8.40 pagi dengan pesawat Dragon Air.
Selamat tinggal Shanghai, Selamat tinggal China.
Transit di Hong Kong
Kami tiba di Hong Kong jam 11.15 pagi. Kami sempat berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar dalam airport Hong Kong. Penerbangan kami seterusnya ke KLIA dijadualkan pada jam 12.50 tengahari.
KLIA.
Kami selamat mendarat di KLIA pada jam 4.17 petang.
Dalam perjalanan ke rumah, kami singgah sebentar di Bandar Baru Bangi untuk makan malam. Selepas makan malam kami pulang ke rumah kediaman.
Syukur alhamdulillah kerana kami selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair. Selama tujuh hari dan enam malam kami berada di China. Satu merupakan perjalanan pelancongan yang sungguh menyeronokan dan tak mudah kami lupakan. Terima kasih kepada POTO Travel and Tour ke atas pakej ini. Semoga kami dapat pergi melancong lagi.
Melancong ke China - Am (klik)
Melancong ke China - Hari Pertama (klik)
Melancong ke China - Hari Kedua (klik)
Melancong ke China - Hari Ketiga (klik)
Melancong ke China - Hari Keempat (klik)
Melancong ke China - Hari Kelima (klik)
Melancong ke China - Hari Keenam (klik)
Comments