Skip to main content

Melancong ke China - Hari Keempat

HARI 04 ( 5 Jun 2011) BEIJING

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Beijing. Malam tadi, kami terpaksa mengemas dan packing barang-barang kerana selepas ini kami akan berangkat ke Shanghai pula. Kami dibawa sarapan pagi sebelum memulakan program untuk hari ini.

MINZUYUAN LU JEWELLERY SHOP

Selepas sarapan kami dibawa ke kedai permata Mizuyuan Lu. Ia terletak berdekatan dengan Stadium Olimpik Beijing. Kedai ini adalah kepunyaan Warga Malaysia berbangsa Cina. Kami berpeluang berjumpn beliau dan beliau sudi memberi hint dan maklumat mengenai batu permata.

Di sini terdapat berbagai batu termasuk Jed. Kebanyakan batu-batu ini diperolehi dari negara Myanmar (Burma) dan beberapa negara lain. Kami telah diberi sebentuk batu Jed sebesar duit syiling 10sen sebagai cenderahati.


STADIUM OLIMPIK BEIJING/BIRD'S NEST STADIUM

Selepas itu, kami dibawa ke Stadium Olimpik Beijing dengan berjalan kaki. Stadium ini juga dikenali sebagai Stadium Sarang Burung atau Bird's Nest. Kami cuma berjalan-jal sekitar stadium dan mengambar sebagai kenangan.


DELLMANN SUPERHARD STEEL

Dari stadium kami dibawa melawat pusat barang keluli keras. Disini kami diberi penerangan dan demo kegunaan pisau keluli, alat pelbagai guna pisau dan mesin mencukur janggut. Kami semua tidak boleh membeli set pisau keluli kerana khuatiri tidak boleh dibenar dibawa ke dalam keretapi ke Shanghai nanti. Set  pisau ini juga boleh tahan mahalnya.


HARD ROCK CAFE BEIJING

Dari Dellman kami dibawa singgah sebentar di Hard Rock Cafe. Disini kami berpeluang untuk membeli cenderhati, T-shirt dan barangan Hard Rock. Kami juga diberi peluang untuk mengambil gambar untuk kenangan.






XIANJIAN MUSLIM RESTAURANT

Dari Hard Rock Cafe, kami dibawa ke Restoran Xianjian untuk makan tengahari.





NAN DAO YA MOSQUE

Selepas makan tengahari kami dibawa melawat Masjid Nan Dao Ya. Disini kami menunaikan solat jamak Zohor dengan Asar.


SILK MARKET DAN PEARL MARKET

Selepas solat kami dibawa ke pusat membeli-belah Silk Market dan Pearl Market. Pusat membeli-belah ini sungguh besar. Disini terdapat banyak barangan, kain sutera, ala lapik meja, kain-kain ela, baju t-shirt, mutiara, beg, barangan eletronik, cenderahati, kasut dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan memang sangat tinggi, kita perlu menawar sehingga 80 peratus atau sehingga kita puas hati. Jika tawaran kita diterima, barulah barangan tersebut mereka jual. Kadang-kadang tawar menawar macam hendak bergaduh baru berjaya dibeli. Ini merupakan membeli-belah terakhir kami di Beijing.


MAKAN MALAM

Selepas habis membeli-belah, kami dibawa makan malam. Kali ini makan malam kami awal dari biasa disebabkan malam ini kami akan menaiki keratapi ke Shanghai.


SLEEPING SOFT TRAIN

Selepas makan malam, kami dibawa ke Stesen Keratapi Beijing Selatan  . Stesen ini sungguh besar macam berada di Lapangan Terbang. Semasa di setesen kami terpaksa mengemas kembali barangan dalam beg disebabkan tambahan barangan yang dibeli semasa di Silk Market tadi. Lama juga kami menunggu disini. 


Jarak perjalanan kami lebih kurang 1500km dan dijangka mengambil masa lebih kurang 11 jam untuk sampai ke Shanghai Hongqiao. Kami ditempah dalam satu koc yang sama. Dalam koc ini mempunyai beberapa bilik dan didalamnya ada dua katil double decker untuk empat orang.


Kami bertolak dari Stesen keretapi Beijing jam 9.36 malam. Selamat tinggal Beijing, moga diberi peluang lagi.

Tamat hari keempat.

ITINERARI

LINK


Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan. Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang tamu. Di sini t...

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri ( sila klik ) Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke La...

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah ditempah oleh agen pelancong...

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974. Taman Negara Mulu mempunyai 3 gunung, iaitu Gunung Mulu (2,376 m), Gunung Api (1,750 m) dan Gunung Benarat (1,585 m) serta 300 km gua yang telah diterokai, salah satu sistem gua batu kapur terbesar di dunia. Ia juga mempunyai beberapa gua yang mencatat rekod dunia. Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747. Anda juga boleh melawat Gua Rusa iaitu gua yang...

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittingg...

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching. KUCHING Bandaraya Kuching ialah ibu negeri Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988. " Kuching " ialah ejaan lama bagi perkataan "kucing", tetapi ia juga mungkin merupakan kelainan bagi " Cochin ", perkataan India yang bermaksud "pelabuhan". Kuching mula-mulanya ditetap oleh para pedagang India yang mengasaskan pangkalan mereka di Santubong. Mengikut penduduk Sarawak, susah hendak lihat kucing dan mungkin tiada kucing berkeliaran di Bandar Kuching. Ada penduduk secara melawak mengata...

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara...