Saturday, June 25, 2011

Melancong ke China - Hari Keenam

Hari 06 ( 7 Jun 2011 ) SHANGHAI            Melancong ke China (klik)

Hari ini merupakan hari yang keenam dalam acara lawatan ke China. Malam tadi merupakan malam pertama kami bermalam di Shanghai. Kami menginap di Holiday Inn Hotel. Kemudahan dan bilik penginapan hotel ini begitu selesa.


Kali ini kami bersarapan di hotel dengan roti dan telur separuh masak sahaja. Kami ada pilihan minuman selain teh cina iaitu minuman jus, kopi dan teh biasa. Selepas sarapan kami berkumpul diperkarangan hotel untuk tunggu bas yang akan membawa kami melawat tempat-tempat yang telah diaturkan.


Fresh Water Pearl Center
Lawatan pertama kami pusat muatiara terkenal di Shanghai Friendship Plaza iaitu Fresh Water Pearl Center. Setibanya kami disini, diberi penerangan berkaitan mutiara serta kegunaan mutiara sebagai bahan perhiasan dan krim kesihatan.


Mutiara  ini diambil dalam tiram-tiram yang dibela dalam kolam air yang bersih. Untuk mendapat mutiara yang bermutu, tiram yang cukup matang baru diambil untuk mendapat mutiaranya. Mutiara yang bermutu mempunyai saiz yang besar dan bentuknya bulat akan digunakan untuk perhiasan manakala mutiara yang kurang menarik atau bersaiz kecil digunakan untuk membuat krim kesihatan atau dijadi serbuk untuk dicampurkan dalam minuman. Dalam satu tiram terdapat banyak mutiara, kadang-kadang sehingga 20 butir mutiara.


Mutiara mempuyai pelbagai jenis warna, dari putih membawa kepada kehitaman. Mutiara berwarna keemasan mempuyai nilaian harga yang tinggi.



Shanghai Museum
Selepas melawat pusat mutiara, kami dibawa melawat Muzium Shanghai. Muzium ini terletak di kawasan People Square. Bangunan muzium ini yang unik dimana bahagian atasnya berbentuk bulat dan bahagian bawah pula berbentuk persegi. Konsep senibina muzium bergambarkan dunia. Menurut persepsi China kuno bahawa dunia sebagai langit adalah bulat dan bumi adalah persegi.


Muzium ini mengnadungi  empat tingkat dengan beberapa dewan pameran yang memwakili koleksi galeri tertentu. Disini terdapat 11 jenis galeri dengan tiga dewan pameran sementara.


Terdapat lebih 120,000 keping, barang termasuk gangsa, seramik, calligraphy,  perabot, jade, syiling purba, lukisan, tulisan khat cina dan banyak lagi di muzium ini.


Terdapat tembikar yang menunjukkan Islam memang telah bertapak di negara China sejak tahun 1500 lagi.


Kami diberi selama satu jam untuk melawat dan melihat kekayaan khazanah barang-barang peninggalan sejarah China di dalam muzium ini.



Makan Tengahari 
Selepas melawat muzium, kami dibawa makan tengahari disalah sebuah restoran muslim di Shanghai.

 


Chinese Tea House
Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Chinese Tea House. Disini kami diberi penerangan, demo dan menikmati air teh pelbagai jenis. Jenis Teh Oolong merupakan teh yang paling terkemuka. Selain terdapat beberapa jenis teh cina seperti Teh Jasmine, Teh Chrysanthemum, Pu'er Tea, Green Tea dan lain-lain lagi.


Demo diakhiri dengan pertunjukan perubahan abstrak katak berubah warna.

video
video


Masjid Xiao Tao Yuan
Selepas menikmati hidangan minuman teh cina, kami dibawa melawat Masid Xiao Tao Yuan. Di sini kami menunaikan solat jamak zohor dan asar. 



Xintian of Shanghai / Shanghai Old Town
Selepas solat, kami dibawa ke Xiantian yang merupakan bandar lama Shanghai. Disini terdapat bangunan dengan senibinanya yang unik dan menarik. Disamping keunikan senibinanya, ia merupakan pusat membeli-belah dan tarikan pelancong terutama pelbagai jualan cenderahati.



Di dalam kawasan Shanghai Old Town init terdapat taman dan kolam ikan diberi nama Yu Yuan Garden.
.


Hancity Plaza
Seterusnya kami dibawa ke Plaza Hancity untuk membeli-belah kali terakhir.


Makan Malam
Setelah membeli-belah, kami dibawa makan malam.


Selepas makan malam, kami dibawa balik hotel.

Melancong ke China - Am (klik)
Melancong ke China - Hari Pertama (klik)
Melancong ke China - Hari Kedua (klik)
Melancong ke China - Hari Ketiga (klik)
Melancong ke China - Hari Keempat (klik)
Melancong ke China - Hari Kelima (klik)
Melancong ke China - Hari Ketujuh (klik)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...