HARI 03 ( 4 Jun 2011) BEIJING
Jam 7.30 pagi, kami semua telah berkumpul di parkir di hadapan hotel. Jam 7.45 pagi, kami berangkat untuk bersarapan sebelum memulakan lawatan hari ketiga.
JADE CENTRE
Selepas sarapan pagi, kami dibawa ke Jade Centre.
Setibanya kami disini, kami diberi penerangan berkaitan jenis-jenis batu Jed, kegunaannya serta proses membuat perhiasan. Jade merupakan batu keras yang istimewa, kemudian ia dibentuk menjadi batu perhiasan, gelang tangan, cincin dan pelbagai ukiran.
Jenis jed yang bermutu tinggi adalah jed berwarna hijau kepekatan dan berkilat. Masyarakat China percaya batu Jade boleh membawa tuah, meningkat tahap kesihatan, membantu pengedaran darah serta membantu fungsi buah pinggang dan hati kepada sipemakainya.
SUIJING CRYSTAL CENTRE
Selepas dari Pusat Jed, kami dibawa pula ke Crystal Centre.
Kami diberi penerangan mengenai kristal digunakan untuk kaca cermin mata. Kemudian kami dibawa ke ruang pameran barang-barang kristal. Kebanyakan kristal dibuat sebagai batu permata.
MAKAN TENGAHARI/PUSAT TEMBIKAR DA YI
Selepas melawat Pusat Kristal, kami dibawa makan tengahari di kawasan Pusat Tembikar Da Yi. Ruang makannya ditingkat satu manakala tingkat bawah adalah ruang pameran tembikar dan batu ukiran. Permis ini mempunyai surau untuk orang muslim dan kami menunaikan solat jamak zohor dan asar di sini.
GREAT WALL
Selamat solat jamak, kami dibawa melawat Great Wall atau Tembok Besar China. Tembok Besar ini menjadi nadi pelancongan ke China. Tidak sah kalau pergi melawat ke China tidak datang ke sini. Setibanya di Great wall, kami diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut.
Disini juga ada menjual cenderahati replika Great Wall.
BIAN STONE CENTRE
Di sini kami diberi penerangan kelebihan batu hitam Bian Stone untuk kesihatan. Batu ini mempunyai khasiat mineral yang kekal dan boleh digunakan sepanjang masa. Segelas mug Bian Stone dijual CNY 500 (RM 250.00). Cara menggunakan mug ini, air panas suam diisi kedalamnya dan dibiar selama 20 minit kemudian air itu diminum. Menurut mereka, air tersebut boleh melancarkan peredaran darah.
Disini kita diberi peluang untuk mengetahui tahap kesihatan kita dengan meletakkan jari manis dibawah sebauh alat pancanran cahaya. Skrin akan menunjukkan sel-sel darah, dari paparan skrin, mereka menerangan situasi kesihatan kita. Terpengaruh dan percaya juga dengan penerangan beliau.
Selain dari batu hitam ini, ada juga krim untuk kulit, ubatan herba untuk kesihatan lelaki dan perempuan.
SUNNY GOLD STREET
Selepas itu, kami dibawa melawat ke Sunny Gold Street untuk membeli-belah.
Disini ada menjual cadar, lapik meja dan lain-lain tenunan masyarakat disini. Selain dari itu juga atau pelbagai pakaian, kasut, beg dan lain-lain barang. Harga yang ditawarkan begitu mahal. Kita terpaksa membuat tawar menawar sehingga kita rasa berbaloi dan murah berbanding di Malaysia. Kita terpaksa menawar sehingga 80 peratus dari harga asal.
Selepas membeli-belah di Sunny Gold Street, kami dibawa makan malam. Selepas makan malam kami balik ke hotel. Tamat program hari ketiga.
- HARI 01: K.LUMPUR – BEIJING (sila klik)
- HARI 02: BEIJING (sila klik)
- HARI 03: BEIJING (sila klik)
- HARI 04: BEIJING-SHANGHAI (sila klik)
- HARI 05: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 06: SHANGHAI (sila klik)
- HARI 07: SHANGHAI - KUALA LUMPUR (sila klik)
LINK
.
Comments