Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Beijing

Kenangan melancong ke China 2011

LINK Home MyTrip SanaSini

Melancong ke China - Hari Ketujuh

Hari 07 ( 8 Jun 2011 ) SHANGHAI-KUALA LUMPUR Hari ini merupakan hari terakhir kami di Negara China. Kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Malam tadi kami semua terpaksa tidur lewat, mengemas barang dan pakaian ke dalam beg. Hari juga kami terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi, menyiapkan diri seterusnya berkumpul di lobi hotel jam 5.00 pagi. Kami dibekalkan sarapan dengan roti dan buah epal. Setelah semua check-out, memasukkan semua beg dan barang-barang ke dalam bas, lebih kurang jam 5.30 pagi, bas pun bertolak  menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai. Perjalanan ke lapangan terbang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Kami terpaksa bertolak awal kerana dikhuatiri akan sesak semasa penduduk Shanghai bergegas ke tempat kerja. LAPANGAN TERBANG PUDONG, SHANGHAI Kami tiba di lapangan terbang jam 6.05 pagi. Hari dah pun cerah, maklumlah ketika ini waktu terbit matahari di Shanghai pada jam 4.48 pagi. Kami pun mengangkat beg dan barang-barang menuju ke tempat pem...

Melancong ke China - Hari Keenam

Hari 06 ( 7 Jun 2011 ) SHANGHAI Hari ini merupakan hari yang keenam dalam acara lawatan ke China. Malam tadi merupakan malam pertama kami bermalam di Shanghai. Kami menginap di Holiday Inn Hotel. Kemudahan dan bilik penginapan hotel ini begitu selesa. Kali ini kami bersarapan di hotel dengan roti dan telur separuh masak sahaja. Kami ada pilihan minuman selain teh cina iaitu minuman jus, kopi dan teh biasa. Selepas sarapan kami berkumpul diperkarangan hotel untuk tunggu bas yang akan membawa kami melawat tempat-tempat yang telah diaturkan. FRESH WATER PEARL CENTRE Lawatan pertama kami pusat muatiara terkenal di Shanghai Friendship Plaza iaitu Fresh Water Pearl Center. Setibanya di sini, kami diberi penerangan berkaitan mutiara serta kegunaan mutiara sebagai bahan perhiasan dan krim kesihatan. Mutiara ini diambil dalam tiram-tiram yang dibela dalam kolam air yang bersih. Untuk mendapat mutiara yang bermutu, tiram yang cukup matang baru diambil untuk mendapat mutiaranya. Mutiara y...