Skip to main content

Melancong ke China - Hari Kedua

HARI 02  ( 3 Jun 2011) BEIJING 

Jam 7.00 pagi kami telah berkumpul untuk memulakan acara hari pertama di China. Kami dibawa ke sebuah Restoran Muslim untuk sarapan pagi. Menu adalah Nasi Goreng, Roti bersama Jem Strawberri, Telur Dadar dan Teh Cina.



Forbidden City
Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan ke Forbidden City atau Kota Larangan.


Ia disebut Kota Larang kerana ketika itu orang awam tidak dibenarkan masuk. Ia merupakan tempat tinggal dari 24 Maharaja Ming dan Qing, keluarga mereka, mereka yang rapat dengan maharaja dan pelayan selama 600 tahun bermula dari tahun 1406 sehingga 1911 iaitu sehingga Maharaja Qing terakhir digulingkan. Pada 1925, buat pertama kalinya, orang ramai dibenarkan memasuki kota ini.

Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam berada di dalam kota ini tetapi tidak juga berkesempatan melawat sepenuhnya disebabkan kawasannya yang begitu luas. Kami terpaksa berjalan kaki sepanjang berada disini, sungguh memenatkan tetapi terasa kepuasannya.



Tianan Men Square
Selepas melawat Forbidden City, kami dibawa melawat ke Tian’an Men Square iaitu dataran bersebelahan Forbidden City. Berjalan kaki lebih kurang 10 minit dari Forbidden City melalui terowong bawah jalan untuk ke sini.

sumber : www.chinatouristmaps.com

 Di Tian'anmen Squre terdapat 5 tarikan utama disamping kibaran bendera negara China iaitu :

1. Tian'an Men Tower

Belakang adalah Tiananmen Tower

Terletat dihujung sebelah utara Tiananmen Square. Ia dibina pada awal tahun 1417 dalam Dinasti Ming. Ia terletak dihadapan pintu utam Forbidden City. Pada zaman pemerintahan beraja dahulu tempat ini digunakan untuk upacara mengistiharkan Maharaja dan Permasuri. Bangunan ini merupakan simbol rasmi Negara China.

2. Monument to the People's Heroes


Monument to People's Heros
terletak di tengah-tengah dataran Tiananmen Square. Tugu Pahlawan ini dibina pada tahun 1952, tercatat padanya ukiran 'The People's Heroes are Immortal" oleh Pengerusi Mao Zedong dan merupakan monumen terbesar di China.

Tugu Pahlawan Rakyat

Disini juga terdapat lapan patung besar yang melambangkan perkembanagan Sejarah China Moden kepada masysarakat.

3. Great Hall of the Peoplee 

Great Hall of the People merupakan seperti Parlimen bagi pertemuan dan mesyuarat China National People's Congress dan lain-lain aktiviti politik serta diplomatik. Ia terletak di sebelah barat dataran Tiananmen Square.

Great Hall of the People

4. China National Moseum

Disebelah timur dataran Tiananm Square terletak China National Moseum atau Muzium Kebangsaan China. Muzium ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong. Muzium ini adalah gabungan Muzium Sejarah China dan Muzium Revolusi China.

Belakang adalah Muzium Kebangsaan China

Di Muzium Sejarah China terdapat sejumlah besar peninggalan budaya yang menggambarkan sejarah panjang dan budaya mulia dari China dari 1,700,000 tahun yang lalu hingga tahun 1921 ketika maharaja terakhir turun takhta. Di Muzium Revolusi terdapat objek material, gambar, buku dan model yang memaparkan perkembangan China Moden.

Belakang adalah Muzium Kebangsaan China

Muzium ini berhadapan dengan  Great Hall of China.

5. Mao Zedong Memorial Hall


Mao Zedong Memorial Hall terletak di sbelah selatan dataran Tiananmen Sqyare. Dewan Memorial ini terbahagi kepada tiga dewan. Pengerusi Moa Zedong disemadikan didalam keranda kristal terletak di dewan tengah dikelilingi karangan bunga segar dan pelbagai pokok bunga ternama.

Summer Palace

Dari Tiananmen Square kami dibawa melawat Summer Palace. Kawasan ini dibina pada tahun 1888 oleh Raja Dowager Cixi dan merupakan taman diraja tercantik serta terbesar di China.



 


Makan Tengahari
Selepas melawat Summer Palace, kami di bawa makan tengahri.



Masjid Niujie
Selepas makan tengahai dan lawatan diteruskan ke Masjid Niujie untuk menunaikan Solat Jumaat.




Silk Centre

Lawatan diteruskan ke Silk Cetre.




Pada awalnya kami ingat kain sutera China ini murah tetapi sangkaan kami salah, harganya boleh dikatakan mahal iaitu CNY 158  semeter atau lebih kurang RM75.00 semeter. Walau bagaimana pun kami beli juga untuk kenangan.

Dept. Of Health

Selepas itu, kami dibawa melawat ke Dept. Of Health untuk mendapat urutan kaki secara percuma setelah penat seharian berjalan kaki. Kami diberi penerangan berkaitan rendaman kaki dalam air suam yang dimasukkan pelbagai herba sebelum urutan kaki diberikan.




Urutan yang diberi tidaklah begitu sedap maklumlah pengurut kebanyakan pelajar yang baru belajar mengurut. Disebabkan urutan ini telah termasuk pakej kami, kami terima je lah. Walau bagaimana pun ubatan disini sungguh mahal, minyak panas sebotol lebih kurang RM100.00 dimana ia boleh dibeli di Malaysia lebih kurang RM10 hingga RM20 sahaja.

Acrobatik Show

Selepas itu kami dibawa menyaksikan Acrobatic Show yang mengagumkan.





Selepas menyaksikan persembahan akrobatik ini, kami dibawa makan malam. Setalah makan malam, kami pulang ke hotel.


Melancong ke China - Am (klik)
Melancong ke China - Hari Pertama (klik)
Melancong ke China - Hari Ketiga (klik)
Melancong ke China - Hari Keempat (klik)
Melancong ke China - Hari Kelima (klik)
Melancong ke China - Hari Keenam (klik)
Melancong ke China - Hari Ketujuh (klik)

.

Comments

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem