Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Piala Suzuki

Melancong ke China - Hari Kelima

HARI 05 ( 6 Jun 2011) SHANGHAI Kami tiba di Stesen Keretapi Hongqiao, Shanghai jam 7.20 pagi setelah lebih kurang 10 jam perjalanan dari Stesen Keretapi Beijing Selatan. Shanghai menyambut kami dengan cuaca hujan, selama kami di Beijing, cuaca adalah panas. Menurut Tour Guide kami dari Shanghai, Encik Jason, Shanghai baru mula hujan sejak semalam. SARAPAN PAGI Kami dibawa bersarapan di sebuah restoran muslim. Kali ini ada kelainan sedikit, di sini kami disediakan makanan seperti roti nan dan telur ayam goreng dengan minuman teh cina. BUND OF RIVER Selepas sarapan kami dibawa ke Bund of River , merupakan dataran di tepi tebing Sungai Huangpu. Disini kita boleh menikmati permandangan panorama indah dengan bangunan tinggi mencakar langit yang unit dan menarik. Oleh kerana hari masih hujan renyai, sesi fotograpi tidak dapat diambil dengan selesa. NANJING ROAD Selepas itu kami dibawa ke Nanjing Road yang merupakan kawasan membeli-belih yang terkemuka di Shanghai. Suhu k...

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 - Satu sejarah

JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009. Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya. Ia bermula apabila Indonesia memperoleh...