Skip to main content

Posts

PAKEJ HANOI, SAPA DAN HA LONG BAY 5H4M - 01 -05 Februari 2024

Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk bercuti sekeluarga, kali ini melancong ke Utara Vietnam. Sebelum ini kami pernah bercuti di Ho Chi Minh pada tahun 2015. Terdapat 3 detinasi pelancongan popular di Vietnam Utara: Hanoi, Sapa dan Teluk Halong. Kami sekeluarga seramai 8 orang dan seorang kanak-kanak akan menjelajahi 3 tempat popular ini. PAKEJ  DAN AGEN PELANCONGAN Hasrat hendak bercuti ke Sa Pa dan melawat Fanisipan kerana ditempat ini terletak di kawasan pergunungan dan cuaca agak sejuk. Hendak melawat negara-negara sejuk seperti di eropah atau Jepun, kos agak tinggi untuk kami sekeluarga. Aku buat carian di internet pakej-pakej tersebut yang sesuai dengan tarikh dan kos, maklumlah, masa ini semua anak ku sudah berkerja. Mereka perlu merancang cuti. Pakej yang ditawarkan oleh Muslimtravelbug menarik minat ku. Setelah membuat perbincangan dengan wakil syarikat, aku setuju dengan tawaran mereka dan aku membuat tempahan. Pada awalnya, pakej ini akan melawat Fanisipan. Disa...

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 09 - Surabaya - Kuala Lumpur

HARI 08 - 13 Januari 2024 SARAPAN DI HOTEL REGANTRIS, SURABAYA Sarapan di Hotel Regantris, Surabaya. Hari ini merupakan hari terakhir di Pulau Jawa dan akan pulang ke Malaysia, flight jam 12.35pm. Jam 8.00 pagi akan bergerak ke Airport Surabaya. JUANDA INTERNATIONAL AIRPORT, SURABAYA Terima kasih Pak Asep Saepudin dan Pak Jumadi (Tour Guide Tursina) dan Saiful Nizam (Tour Leader) serta semua peserta. Kamu semua memang best. Semoga kita dapat berjumpa lagi dan teruskan ikatan ukhwah sesama kita. Bersedia di Juanda International Airport - Terminal 2. Flight jam 12.35pm waktu Surabaya. Semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat. Bye-bye Indonesia. Tamat aktiviti hari kesembilan, tamat percutiaan Kembara Indonesia. KLIP VIDEO Tiada Klip Video ITINERARY Sila klik tarikh untuk maklumat lanjut : Hari 01 - KLIA2 - Jakarta Hari 02 - Jakarta - Bandung Hari 03 - Bandung (Fullday) Hari 04 - Bandung - Semarang Hari 05 - Jogja Merapi Tou...

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 08 - Surabaya - Madura

HARI 08 - 13 Januari 2024 HOTEL REGANTRIS, SURABAYA Suasana waktu fajar dari jendela hotel Regantris. SARAPAN DI HOTEL Sarapan dahulu sebelum melakukan aktiviti hari ini. Hari ini sudah hari kelapan di Pulau Jawa, sudah penghujung percutian. Hari ini akan melawat sekitar Kota Surabaya dan akan pergi Pulau Madura kemudian kembali semula ke Kota Surabaya. SURABAYA Surabaya merupakan kota kedua terbesar di Indonesia selepas kota Jakarta. Surabaya adalah kota yang penuh dengan sejarah di Jawa Timur. Peristiwa kepahlawanan dan perjuangan melawan penjajah terjadi di Surabaya, sehingga kota ini diberi julukan Kota Pahlawan. Semangat arek-arek Suroboyo diabadikan dengan tertubuhnya Tugu Pahlawan. MONUMEN TUGU PAHLAWAN, SURABAYA Tugu Pahlawan didirikan pada 10 November 1951, dan dirasmikan pada 10 November 1952. Tugu Pahlawan dirasmikan oleh Presiden Soekarno. Pembinaan Tugu Pahlawan untuk mengenang sejarah perjuangan para pahlawan kemerdekaan dalam pertempuran Surabaya pada 10 N...

PAKEJ KEMBARA INDONESIA 2024 - Hari 07 - Bromo - Malang - Surabaya

HARI 07 - 12 Januari 2024 HOTEL SUKAPURA PERMAI, BROMO Seawal jam 2.30 pagi kami telah bersiap sedia dari hotel untuk ke Taman National Bromo atau tempat terbaik melihat Bromo sunrise. Kami di bawa dengan jeep 4x4 ke Gunung Bromo. Ini merupakan satu pengalaman adventure bergerak di waktu malam yang gelap dengan jeep 4x4. TAMAN NATIONAL BROMO Gunung Bromo adalah salah satu gunung berapi paling terkenal di Indonesia, yang terletak di Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Gunung Bromo atau dalam bahasa Tengger dieja "Brama", juga disebut Kaldera Tengger, adalah sebuah gunung berapi aktif di Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini memiliki ketinggian 2.329 meter di atas permukaan laut. Sampai di persekitaran tempat melihat pemandangan Gunung Bromo dan terbitan fajar, kelihatan pelancong dan pelawat begitu ramai menunggu detik terbit fajar di Bukit Cinta ( Love Hill ). Sementara menunggu melihat fajar dan telah masuk waktu solat subuh, kami menunaikan solat subuh di sebuah sura...